SJ - 3076: [U] Jamak/Qasar bila byk persinggahan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3076: [U] Jamak/Qasar bila byk persinggahan

assalamualaikum,
saya ingin bertanya lebih lanjut lagi tentang perkara solat Jamak/Qasar ini. Saya bekerja di Batu Pahat (Johor) dan telah bekerja di sini lebih kurang 2 tahun. Kg halaman saya adalah di Sabak Bernam, Selangor. Biasanya apabila memandu, saya akan singgah dan bermalam di Klang,selangor sebelum terus pulang ke kampung.Persoalannya :-

i) Bolehkah saya melakukan jamak/Qasar solat di kedua2 tempat ini, iaitu klang dan juga sabak bernam(jarak keduanya 120km).

ii) adakah saya masih lagi pemastautin sabak bernam ataupun b'gantung kepada niat saya? sekian,terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3076: [U] Jamak/Qasar bila byk persinggahan

:wassalam
Jawab Ringkas
[U]= Fiqh Ulangan

Dalam istilah Fiqh Madzhabik, Batu Pahat itu dianggap tempat anda bermastautin (tempat cari makan dan menetap) dan Sabak Bernam dinamakan watan hakiki (tempat kelahiran). Ini berlaku sejak dulukala di mana manusia merantau kerana mencari rezki) dan bertambah ketara dalam dunia moden hari ini dan diistilahkan sbg 'mobility'. Bandar Klang itu dianggap tempat persinggahan dan anda masih berstatus musafir.

i) Jika anda stop-overdi Klang, anda masih musafir dan Jama'/qasr masih valid. Jika sudah sampai di Sabak Bernam, maka hilanglah status musafir anda dan anda hendaklah tamamkan (sempurnakan) solat anda kerana seseorang tidak dinamakan bermusafir di watan hakiki.

ii) Anda adalah berstatus mastautin secara hakiki di SB dgn syarat kaum keluarga anda masih ada. [Ruj: Fiqh Islami wa adillatuh] WA