SU-00007 Berkenalan selepas bertunang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00007 Berkenalan selepas bertunang

:salam

Apakah hukum:

1. Berutus surat kepada tunang?
2. Berbual dengan tunang di telefon?
3. Bertemu tunang (berdua) ditempat terbuka?
4. Meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada tunang?

Dengan menjaga segala batasan syariat serta dalam situasi sekadar yang diperlukan, bukan kebiasaan.

Sekian, :wassalam

Re: SU-00007 Berkenalan selepas bertunang

:salam

1&2) Persoalan boleh atau tidak berbual melalui telefon berkait rapat dengan soal aurat. Adakah suara wanita itu aurat? jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu.

Dalil ialah ayat 32 dalam surah al_Ahzab
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat, suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

Dengan hujah di atas maka disimpulkan bahawa Suara wanita tidak aurat dan boleh berbual dgn wanita melalui telefon. Denga syarat dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. (Qardhawi, FM)

Perbahasan utk soalan anda yang pertama adalah lebih kurang sama yakni selagi adab/etika penulisan itu dipelihara maka ia dibenarkan.

3)Pertemuan dgn tunang diharuskan samada ditemankan muhrim wanita, jika tanpa muhrim pun diharuskann tapi hendaklah di tempat terbuka yg tidak mendatangkan fitnah, dengan mematuhi etika pakaian dan adab berbual yg syara'iy. Nabi saw memerintahkan pasangan yg akan bertunang itu supaya saling melihat, sabda baginda saw kepada seorang lelaki yg ingin meminang seseorang perempuan Ansar," pergilah lihat, kerana sesungguhnya pada muka kaum Ansar itu mungkin ada sesuatu yg kurang." HR Muslim dan anNasa'iy dari Abi Hurairah ra.

4) Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis. Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Persoalan saudara yang ke-4 ini berkait dengan batas pergaulan. Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan harus di jaga walaupun sudah bertunang. Tunang bukanlah sesuatu ikatan yang menghalalkan perkara yang haram sebelum berkahwin. Apakah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan?
Sepertimana yang dikatakan sebelum ini, dibolehkan untuk kita berbual dengan tunang selagi dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. Dengan jawapan ini, cukuplah untuk diri kita menilai akan kebolehan meluahkan perasaan cinta itu. Kalaulah luahan itu membolehkan naik syahwat, maka haramlah hukumnya. Sekiranya anda pandai mengolah kata-kata, seperti diselitkan antara lawak jenaka denga luahan itu, bagaimana mungkin ia boleh menaikkan syahwat. Walaupun begitu kita haruslah berjaga-jaga, kerana syaitan sentiasa mengatur strategi dlm menghumbankan kita ke dalam kesesatan dan kemungkaran. Sekiranya kita ragu-ragu, adalah lebih baik dijauhkan perkara2 yang membolehkan kita jatuh ke kancah maksiat. WA

Rujukan

Fatwa Sheikh Dr. Yusuf Qardawi

SJ-1027: Bertunang tapi tak pernah bertemu

SJ-926: Batasan semasa pertunangan

SJ 723: Pertunangan dalam Islam

SJ-2107: Perkahwinan dalam Islam

Bolehkah bercinta sebelum kahwin?

:wassalam