SU 000317: Arwah Ibu dan Bapa - Tanggungjawab Anak-anak

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU 000317: Arwah Ibu dan Bapa - Tanggungjawab Anak-anak

Assalamualaikum

Kedua-dua ibubapa yang saya amat kasihi telah meninggal dunia. Saya bercadang untuk menerang dan memberi penjelasan kepada adik-beradik saya mengenai tanggungjawab anak-anak kepada ibu-bapa yang telah meninggal dunia.

1. Harap dapat terangkan mengikut keutamaan iaitu wajib dan sunat mengikut tuntutan agama Islam berserta dalil-dalil Al-Quran dan Hadis.

2. Mengenai zakat pendapatan arwah ibubapa saya, adakah anak yang tinggal diwajibkan untuk membayarnya (sekiranya arwah tidak pernah membayarnya semasa hayatnya)

3. Semasa arwah emak saya sakit selama lebih setahun, beliau tidak memakai barang kemasnya (rantai, gelang emas dsb) cuma disimpan hinggalah cukup haul. Adakah saya perlu membayar zakat untuk barang kemas

4. Didalam Islam, adakah dibolehkan membayar Fidyah sebagai menggantikan sembahyang dan puasa yang arwah tinggalkan.
Terimakasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SU 000317: Arwah Ibu dan Bapa - Tanggungjawab Anak-anak