SU - 00044 : HUKUM MEMBUANG TAHI LALAT

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU - 00044 : HUKUM MEMBUANG TAHI LALAT

:salam

ustaz apakah hukum membuang tahi lalat???adakah ia mengubah ciptaan allah?

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SU - 00044 : HUKUM MEMBUANG TAHI LALAT


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SU – 00044 : HUKUM MEMBUANG TAHI LALAT

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Petapa ( mudah-mudahan tidaklah lama pertapaanmu disebabkan umat Islam memerlukan kita semua untuk memajukan agama ini ) . :super

Soalan di atas lebih comel kalau dikemukakan begini :

“ Sebagai mana kita maklumi bersama , mengubah ciptaan-ciptaan Allah itu adalah haram . Oleh itu adakah membuang tahi lalat itu dianggap haram juga kerana adanya unsur-unsur mengubah ciptaan asal yang dicipta oleh Allah Ta’ala ? “ .

JAWAPANNYA :

Soalan seperti ini sudah pernah kami jawab di :

SJ – 2244 : HUKUM MENCUKUR BULU KAKI & BULU ROMA ( LELAKI & WANITA )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10547

SJ – 2285 : PERBEZAAN DI ANTARA BERUBAT DGN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10750

Oleh kerana jawapannya sudah ada di dalam SJ ( Soal Jawab ) tersebut , maka kami hanya menjawabnya di sini secara ringkas .

Mengapakah hendak dibuang tahi lalat itu ? .

Kalau ia terletak di muka ( contohnya ) adakah ia menghodohkan muka sehingga menyebabkan tuan empunya diri berasa malu ataupun sentiasa merasa rendah diri ? . Contohnya tahi lalat itu agak besar saiznya ( drp biasa ) dan ia pula terletak di tengah-tengah hidung ? . Disebabkan tahi lalat itu orang selalu mentertawakan si empunya diri sehingga digelar “ badut sarkas “ .

Adakah tahi lalat itu boleh menyebabkan kesukaran bagi tuan empunya diri ? . Contohnya , tahi lalat itu terletak di bawah alis mata sehingga mengganggu penglihatan .

Adakah tahi lalat itu besar dan berapa pula di kawasan bibir sehingga menyebabkan sukar untuk si empunya diri makan ? .

Jika YA , maka tidaklah mengapa tahi lalat itu dibuang kerana ianya :

1 – Sama ada mendatangkan aib ( malu ) pada si empunya diri ataupun menyebabkan ia merasa rendah diri . Ataupun :

2 – Ia menyebabkan penyakit ataupun kesukaran .

Namun semuanya itu mestilah dilakukan :

1 – Dengan niat untuk merawat bukannya bertujuan untuk menipu ataupun menggoda . Ertinya niat haruslah baik .

2 – Ia disahkan oleh pakar-pakar perubatan sebagai perlu dibuang kerana ia mendatangkan kesukaran ataupun penyakit .

Sila rujuk kembali Soal-Jawab yang lepas untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut . :grin:

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
29 / Safar / 1424 H
01 / Mei / 2003 M

SELASA – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum