SU-00215: Doktor Pakar Bersalin Lelaki ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00215: Doktor Pakar Bersalin Lelaki ?

Assalamualaikum ustaz..

Sedikit kemuskilan mengenai Doktor pakar bersalin ( Lelaki ).Saya ada mempunyai seorang kawan lelaki iaitu seorang doktor pakar bersalin.Banyak juga kaum Hawa yang datang keklinik beliau untuk tujuan tersebut.Saya hanya hendak tahu mengenai hukum tersebut,maklum ler seorang doktor lelaki dan pesakitnya perempuan.Adakah Islam membenarkan pekara sebegini berlaku dalam tujuan sakit hendak melahirkan zuriat.

Re: SU-00215: Doktor Pakar Bersalin Lelaki ?

:salam

Soalan Ulangan. Berikut jawapan THTL:

Kembalilah pada hukum asal: doktor perempuan hendaklah mendatangi pesakit perempuan kecuali dharurat, maka hendaklah dikendalikan oleh doktor perempuan bukan Islam dan selepas itu doktor lelaki Islam dan doktor lelaki bukan Islam. Di sini bukan persoalan pilihan iktu suka hati kita, tetapi dharurat mengharuskan yg terlarang. Jika doktor perempuan ada, maka pasien perempuan Islam tidak boleh dilihat melainkan oleh doktor perempuan juga kecuali dharurat. alQardhawi, Fatawa Mu'asirat. Allahu a'alam

SJ-1213: bersalin dengan doktor pakar(gynae) lelaki.

:wassalam