SU-00091 NAFSU DAN AKAL

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00091 NAFSU DAN AKAL

Ana ada sedikit kemusykkilan…

Boleh ustaz tolong huraikan maksud lelaki, 9 akal 1 nafsu manakala pompuan 9 nafsu 1 akal… apa yg bezanya?

Wa

Re: SU-00091 NAFSU DAN AKAL

:salam

Berikut saya cut n paste SJ yg berkaitan soalan ini. WA.

----------

Soalan
Assalamualaikum.
Selalu kedengaran org membacakan hadis wanita dgn 9 nafsu dan 1 akal dan lelaki sebaliknya... Apakah status hadis ini? boleh pakai ke?

Wassalam

Jawapan
Fungsi aqal ialah memberi pertimbangan, pendapat atau memilih sesuatu. Biasanya aqal menjadi lemah atau hilang pertimbangan
jika menghadapi tekanan perasaan. Di sini wanita lebih banyak menggunakan perasaan dan emosinya berbanding lelaki. Manakala
lelaki banyak menggunakan aqal drpada perasaan.
Ini semua kerana fitrah, wanita diberi tugas biologi yang berbedza: mengandungi, menyusui, memelihara anak dan tugas-tugas lain
yang lebih memerlukan emosi dan perasaan.

Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasihsayang; sedangkan aqal
mengalahkan perasaan dan kasihsayang. Selalunya apabila seorang bapa memarahi dan memukul anaknya, si ibulah yang
menenangkan kembali si anak dengan belaian kasihsayang.

Kekurangan aqal bagi wanita bukanlah ianya tercela kerana kekurangan ini memang fitrah Ilahi, malah ia adalah kelebihan wanita
dan yang patut di banggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya.

Wanita juga kurang agamanya; Allah melonggarkan hak kewajipan agama keatasnya; misalnya wanita tidak perlu solat dan puasa
semasa haidh dan nifas; tidak wajib Juma'at dan berjama'ah di masjid dan tidak wajib ke medan jihad.

Kekurangan kewajipan agama bagi wanita bukanlah bererti wanita kurang pahala atau merendahkan taraf wanita. Masing-masing
mendapat ganjaran pahala sesuai dengan tugas dan fitrah kejadian mereka.

Firman Allah:
Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan bagi wanita ada bahagian drpada apa yang mereka usahakan.
(maksud: an Nisaa':32)

Namun athar yang berbunyi lelaki 9 aqal dan 1 nafsu; manakala wanita 1 aqal dan 9 nafsu adalah berbau male chauvinist dan
exaggeration dan merendahkan martabat wanita. Namun maknanya benar seperti yang saya jelaskan di atas.

(Ruj: Prof dari Mutawalli Sya'rawi, Anta Tasal Islam Yujib)
Nota kaki: Hadis 9:1 ini adalah terdapat dalam kitab Durratun Nasihin
SJ-1436: {Latest} Wanita 9 nafsu dan 1 akal

----------