:salam
Merujuk kepada artikel berikut:
Transaksi Kad Kredit dari Perspektif Hukum Islam, saya mohon diberikan penjelasan terhadap perkara di bawah:
7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau 'As-Sarf') Dengan Kad Kredit.
Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sebagaimana termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sebagaimana maklum, syarat transaksi pertukaran wang dalam Islam bg adalah At-Taqabud fil hal (Bayaran timbal balik dilakukan tanpa tangguh)
Hukumnya : HARAM. Ini adalah kerana kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bg pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran dari Pemegang Kad hanya selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu' .
BGMNPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yang amat sangat.
Adakah ini bermakna kita tidak dibenarkan membeli barangan secara online kecuali dari negara yang sama?
:wassalam
Jawab:
Hukum asSarf yg ditakrifkan oleh Fiqh Klasik sebagai riba albuyu’ ialah pertukaran matawang standard logam berharga di zaman silam, spt dinar emas dan perak dirham. Pertukaran antara dinar Medinah dan dinar Mesir hendaklah berlaku secara ‘taqabud fil hal’
Manakala pertukaran currency hari ini bukanlah dalam matawang standard logam tapi dalam bentuk matawang kertas misalnya Euro, Yen atau US$. Jumhur ulama’ mengharuskannya (Ahkam anNuqud fi Syari’ah alIslamiyah, Syaikh Muhammad Salamah Jibr, anNaasyr, Kuwait:25-26)
Fatwa alQardhawi dalam Fatawa Mu’asirat, Jld 1 dan Jilid 2 (edisi 2001 Dar alQalam)
Dalam Jild 1, Dr Qardhawi memilih pendapat harus pertukaran mata wang walaupun ia tidak berlaku dalam satu masa atau tempat kerana ini adalah masalah uruf (perubahan realiti)
Mengenai penggunaan kad kredit, Dr Qardhawi (Fatawa, Jld 2), Dr Qardhawi menyarankan orang Islam menggunakan kad kredit yg dikeluarkan oleh perbankan syari’ah: misalnya Bank Islam International Qatar, Bait atTamwil Kuwait, Bank Islam Qatar, Pemodalan arRajhi, Kingdom Saudi Arabia ada mengeluarkan kad kredit syari’ah. Di Malaysia, Bank Islam Malaysia dan Arab-Malaysia ada mengeluarkan kad kredit syari’at yg diawasi oleh Panel syari’ah.
Jika menggunakan kad kredit dari perbankan Konvensional, maka gunakanlah ia bila terdesak sahaja dan pastikan membayar dalam masa yg ditetapkan supaya tidak jatuh dalam riba.
Menjawab soalan anda: pembelian secara Online itu adalah harus dan bukanah riba albuyu' atau sarf (dinar dgn dinar).
WA
*************
Jawapan diedit oleh pendekar dari sudut penyusunan semula nombor Soal-Jawab sahaja :grin: