:salam
Saya pernah terbaca satu soaljawab oleh panel al-ahkam sblum ini bahawa tidak boleh (haram) seorg lelaki berkongsi gelas minuman dengan seorang wanita. (Sila betulkan kalau saya tersilap)
Soalan saya:
Boleh ahli panel perjelas dengan lebih ditil lagi makna perkongsian tersebut? Adakah seorg abg ipar mengunakan gelas yg baru sahaja digunakan oleh adik ipar perempuannya dlm keadaan terambil ketika minum2 petang bersama keluarga termasuk juga dlm larangan ini? Boleh tak tuan ahli panel perjelaskan dngan lebih dlm lagi kalau2 ada keadaan yg dibenarkan dan keadaan2 yang macam mana yg tidak dibenarkan dalam masalah ini?
:wassalam
:wassalam
Jawab:
Kami dah tak dapat recall (Link SJ - XXXX nya). Dari apa yg anda jelaskan itu kami dapat simpulkan hukum HARAM itu merujuk pada perbuatan BUKAN pada keharaman gelas itu. Huraian: Haram lelaki dan perempuan bukan mahram berkongsi gelas, yakni minum bersama-sama dari satu gelas dgn penuh romantik. Adegan ini dikhaskan pada suami isteri saja. Manakala abang ipar nak minum dari gelas yg sudah diminum oleh adik ipar itu tidak ada masalah, asalkan tidak berkongsi minum. Nanti isteri tu jeles pulak tengok abang ipar dan adik ipar minum dari satu gelas secara bersama-sama. Yang betul, ialah hidangkan gelas atau cawan yg mencukupi utk semua orang. Jika ada 10 orang, keluarkan 10 gelas. Minum dari satu bekas secara bersama itu khusus buat suami-isteri aje. WA