assalamualaikom w.b.t
maaf soalan berulang, tapi kalau tidak berulang ana ingin tahu apa itu mandi safar sebab ada terbaca antara perkara-perkara yang boleh jatuh murtad (perbuatan).
kalau soalan berulang sila sertakan link sekali
wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
assalamualaikom w.b.t
maaf soalan berulang, tapi kalau tidak berulang ana ingin tahu apa itu mandi safar sebab ada terbaca antara perkara-perkara yang boleh jatuh murtad (perbuatan).
kalau soalan berulang sila sertakan link sekali
wassalam
:salam
Apa itu mandi safar?
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Ini kepercayaan khurafat dan syirik. Dosa syirk tidak akan diampunkan oleh ALlah kecuali dia bertaubat.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah ayat 51:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
http://www.zayed.com