SJ-13-0186 : Lukisan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0186 : Lukisan

Apakah hukum melukis.Adakah berdosa melukis komik atau karikatur.Adakah berdosa juga pembacanya.Dan apakah hukum membuat animasi seperti cerita kartun dan games.Dan apakah hukum menonton kartun dan bermain game yang berasal daripada lukisan yang dikatakan haram itu.Diharapkan ustaz dapat menerang secara panjang lebar demi kesedaran pembaca juga.Wallahualam

:salam

SJ-13-0186 : Lukisan

melukis apa sahaja masih menjadi topik perbincangan dan tidak ada kata putus yang benar2 sepakat dalam mengharamkan lukisan.

sila lihat al Halal wa al Haram Fi al ISlam (halal dan haram dalam Islam) oleh Dr. Yusof al Qaradhawi.

namun begitu jika lukisan tersebut mengandungi unsur yang menjurus ke arah maksiat seperti gambar lucah atau lukisan yang menghina Islam, itu tidak syak lagi pada keharamannya.

wallahu a'lam

tahqiq/ta'liq thtl:

Prof dan mujtahid al'Ashr Dr Yusof Abdullah alQardhawi ada berfatwa dalam isu kartun:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543956

intipati fatwa beliau ialah:
1. kartun/karikatur bukanlah klon objek asal dan tidak menyamai sifat-sifat objek asal, maka hukumannya lebih ringan dari lukisan dan fotografi

2. kanak2 amat responsif dan tertarik dgn kartun, malah orang dewasapun, maka ia amat baik sekali dijadikan alat kepada dakwah dan pengajaran

3. No-muslim telah lama menggunakan animasi dan kartun dan telah membanjiri dan menguasai umat Islam (walt disney, pixar), maka menjadi fardhu kifayah bagi kita mengujudkan bahan kartun dan animasi kita sendiri. sekian