SJ-07-0038 : Status Bismillah duapuluh dan selawat An-Nariah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0038 : Status Bismillah duapuluh dan selawat An-Nariah

Assalamualaikum,
Apakah status :

1) Bismillah duapuluh dan ada disertakan sabda Rasulullah di list tu iaitu bermaksud : Barangsiapa membaca Bismillah (20) ini kalau ia laki-laki ialah seperti menantuku (Saidina Ali) dan kalau perempuan ialah seperti anakku (Saidatina Fatimah).

2) Selawat An-Nariah.

Harap ustaz beri penjelasan. Terima kasih.

SJ-07-0038 : Status Bismillah duapuluh dan selawat An-Nariah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zn dengan kadar kemampuan yang ada.

1. Bismillah dua puluh dan hadithnya belum lagi kami berjumpa didalam kitab-kitab hadith sahih.

2. Selawat An-Nariah ini sangat popular di amalkan. Walau bagaimanapun, selawat ini bukanlah berasal dari Nabi :saw. Dr Abdullah al-Faqih menyebut :-

ÝåÐå ÇáÕáÇÉ ÇáÊí ÊÓãì ÈÜ ( ÇáäÇÑíÉ ) áã ÊËÈÊ æáã ÊÕÍ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ¡ æÞÏ ÇÔÊãáÊ Úáì ãÚÇäò ÈÇØáÉ ãÎÇáÝÉ ááÔÑíÚÉ ¡ áÃä ÇáÐí íÍá ÇáÚÞÏ ¡ æíÝÑÌ ÇáßÑÈ ¡ æíÞÖí ÇáÍæÇÆÌ åæ Çááå ÓÈÍÇäå áÇ ÔÑíß áå ¡ æåÐå ÇáÃãæÑ ãä ÎÕÇÆÕ ÇáÅáå æáÇ íãáß Ðáß ãáß ãÞÑÈ ¡ æáÇ äÈí ãÑÓá ¡ ÞÇá ÊÚÇáì : ( Ããä íÌíÈ ÇáãÖØÑ ÅÐÇ ÏÚÇå æíßÔÝ ÇáÓæÁ æíÌÚáßã ÎáÝÇÁ ÇáÃÑÖ ¡ ÃÅáå ãÚ Çááå ÞáíáÇð ãÇ ÊÐßÑæä) . [Çáäãá :62] ¡ æÇáÂíÇÊ Ýí åÐÇ ÇáãÚäì ßËíÑÉ ÌÏÇð ¡ æíßÝí Ãä ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÏ ÞÇá áÝÇØãÉ ÇÈäÊå " : ÇÚãáí ãÇ ÔÆÊ ÝÅäí áÇ ÃÛäí Úäß ãä Çááå ÔíÆÇð ". ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí æãÓáã
dir="ltr"> "Selawat yang dinamakan An-Nariah (api) bukanlah thabit dan tidak sahih dari Nabi :saw, dan ia telah memasukkan makna yang batil yang menyalahi syariah, kerana yang menyelesaikan kebuntuan, yang menjauhkan kesukaran, dan mencukupkan keperluan adalah Allah swt, dan tidak ada sekutu baginya. Perkara-perkara ini khusus bagi Allah dan tidak di miliki oleh malaikat yang hampir, dan tidak diutuskan kepada Nabi, sebagaimana firman Allah swt :- {Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). } [al-Naml : 62]. Ayat-ayat ini mempunyai banyak maknanya, dan adalah mencukupi dengan apa yang di sabdakan Nabi kepada anaknya Fatimah : {"Lakukan apa kamu kehendaki, Aku tidak akan dapat menyelamatkan kamu apa-apa dari Allah.} [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]."

sumber : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=3784&Option=FatwaId

Kesimpulan : Jalan yang selamat adalah beramal dengan selawat yang telah diriwayatkan didalam hadith-hadith sahih (seperti selawat selepas tasyahud) dan memperbanyakkan bacaannya didalam penghidupan seharian.

Sifat Selawat keatas Nabi adalah sebagaimana beliau ditanya tentang 'selawat' tersebut dengan soalan :

ßíÝ äÕáí Úáíß ¿ ÞÇá: " ÞæáæÇ : Çááåã Õá Úáì ãÍãÏ æÚáì Âá ãÍãÏ¡ ßãÇ ÕáíÊ Úáì ÅÈÑÇåíã æÚáì Âá ÅÈÑÇåíã Åäß ÍãíÏ ãÌíÏ ". ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí æãÓáã .
dir="ltr"> "Bagaimanakah cara kami berselawat diatas kamu? Kata baginda : Kamu katakanlah : Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, Kama Shallaita 'ala Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim Innaka Hamidu Majid." [Hadith Sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Rujukan dari Soal-Jawab al-Ahkam - http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8226

WA, wassalam.

خيرالأمين

SJ-07-0038 : Status Bismillah duapuluh dan selawat An-Nariah

Tambahan:

Bismillah 20 adalah suatu yang baru. Yang amat popular sedikit masa dulu ialah Bismillah 19 atau Kod 19 dalam Bismillah yang dicipta oleh mendiang Rashad Khalifa yang dibunuh di Tuscon USA. Beliau adalah dari aliran anti-Hadith.