sj-12-0151 : Susu Ibu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
sj-12-0151 : Susu Ibu

Assalamualaikum,
Ana ingin bertanya mengenai hukum suami minum susu badan isterinya. Walaupun agak lucu pada mulanya, tapi ia telah menimbulkan kekeliruan seluruh kampung akhirnya.

Seorang Ustaz telah menghukumkan bahawa suami dibolehkan minum susu badan isterinya dgn tanpa halangan seperti sampai kenyang atau berulang2. Alasan yg diberikan tiada termaktub dalam Al Quran.

Benarkah pendapat sedemikian. Kalau tidak benar apakah pendapat yg menepati Al Quran dan Sunnah. Jazzakallah.

sj-12-0151 : Susu Ibu

:wassalam

alJawab:

Ini soalan ulangan. Pendapat yg benar ialah isu minum susu isteri ialah bila suami mendatangi isterinya yang dalam tempoh menyapih anak yang baru lahir atau tempoh menyusu dua tahun, maka payu dara isteri ketika itu mudah mengeluarkan susu. itulah isunya, bila suami mendatangi isterinya dan semasa berasmara, maka ketika itulah terminum susu isteri.

Bukanlah saja-saja si suami ingin menambahkan zat kalsium dan minta menyusu dengan isterinya kerana menjimatkan kos membeli susu New Zealand dan Dumex.

Adapun hukum susuan pula meliputi bayi yang menyusu lima kali kenyang dan mendapat status anak susuan. Maka dalil anak susuan ini tidak meliputi suami yang tertelan susu isteri dan jika tertelan baik sengaja atau tidak sengaja, tidak merubah hukum susuan (kerana ia khusus) kepada bayi sahaja bukan kepada orang yg telah dewasa yg telah makan segala benda atas muka bumi ini, maka susu isteri itu tidak mempengaruhi nasab suami yg tetap menjadi suami kepadanya bukan menjadi anak susuan. Maka bila syarak mendiamkan isu atas ranjang ini, maka tak payahlah kita bahaskan, nanti akan menyusahkan kita pulak! WA