SJ-13-0289 : Hukum Bukan Islam masuk ke Masjid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0289 : Hukum Bukan Islam masuk ke Masjid

:salam

Ana nak tanye, ape hukum org bukan Islam yang masuk masjid dengan tujuan baik?
tolon sertakan dengan dalil sekali.

:wassalam

SJ-13-0289 : Hukum Bukan Islam masuk ke Masjid

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menajwab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Disana terdapat larangan khas bagi orang kafir dilarang memasuki Masjid al-Haram, sebagaimana firman Allah swt :-

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöäøóãóÇ ÇáúãõÔúÑößõæäó äóÌóÓñ ÝóáóÇ íóÞúÑóÈõæÇ ÇáúãóÓúÌöÏó ÇáúÍóÑóÇãó ÈóÚúÏó ÚóÇãöåöãú
dir="ltr">"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini ..." [surah al-Taubah : 28]

Ibn Kathir rh. menjelaskan bahawa ayat diatas turun pada tahun ke 9 Hijrah. Rasulullah :saw telah menghantar Ali ra. yang ditemani oleh Abu Bakr ra. untuk mengumumkan bahawa setelah tahun tersebut orang Musyrik tidak dibenarkan untuk menunaikan Haji di Masjid al-Haram, atau orang 'berbogel' tidak dibenar tawaf mengelilingi Ka'bah. [Tafsir Ibn Kathir].

Bagi masjid lain (yang selain dari Masjid al-Haram), tidak ada larangan non-muslim memasuki masjid. Jika wujud keperluan, misalnya untuk mereka mendengar ceramah, menggunakan tandas, atau apa-apa alasan yang dibenarkan syara', tidak mengapa untuk mereka memasuki masjid.

Didalam sebuah Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa tetap fatwa menjelaskan bahawa Nabi :saw pernah menahan seorang banduan, Thamaamah ibn Athaal al-Hanafi didalam masjid sebelum dia memasuki Islam. Begitu juga dengan delegasi Thaqeef dan Kristian Najraan pernah tinggal didalam masjid [Fatawaa al-Lajnah al-Daa'imah, 6/276].

Kesimpulannya, tiada dalil yang melarang, maka hukumnya harus. Banyak kelebihan kepada dakwah jika mereka datang ke masjid, dapat menyaksikan bagaimana orang Islam melakukan ibadat dan mendengar khutbah/ceramah dsb. Ulama' menjelaskan bahawa pelawat2 ke masjid ini hendaklah ditemani oleh orang Islam, dan hendaklah mereka berpakaian menutup aurat sebagaimana yang dikenakan di Masjid2 di Malaysia. WA.

sekian, wassalam.

خيرالأمين