SJ-05-0241 : Tukar Imam Solat.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0241 : Tukar Imam Solat.

Salam,

Bolehkah seorang yang masbuk mengikut imam ke2(yang juga masbuk) setelah imam
pertama selesai solat? boleh beri penjelasan lanjut.

Cth: 2 orang sama masbuk pada rakat 4, pas tu imam selesai. Yang seorang solat mengimami yang sorang lagi untuk baki 3 rakaat.

wassalam.

SJ-05-0241 : Tukar Imam Solat.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Makmum boleh bertukar Imam didalam solat berjemaah, sebagaimana kaedah Imam yang terbatal solatnya diganti oleh makmum yang lain. Kaedah ini di panggil bertukar jemaah.

Didalam soalan diatas, Makmum boleh menghabiskan baki solatnya dengan Makmum lagi seorang yang dijadikan Imamnya yang baru. Berikut kami petik soalan yang pernah dijawab sebelum ini :-

SJ-05-0223 Solat '2 imam' wrote:
Didalam al-Mughni (2/105 dan 222) ada menyatakan : setelah Imam selesai memberi salam, bangun salah seorang makmum dan bersolat dibelakang sahabatnya yang sama bersolat dengannya bagi menyempurnakan baki solatnya, dan perbuatan di dianggap sah. [al-Fiqh al-Islami wa adilatuh, 2/178, cet ke 3, 1989].

Perbuatan ini merupakan kaedah berpindah kepada jemaah yang lain, dengan mengambil dalil kisah Abu Bakar ra, Hadith Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a:

þÃä ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÐåÈ Åáì þ þÈäí ÚãÑæ Èä ÚæÝ þ þáíÕáÍ Èíäåã þ þÝÍÇäÊ þ þÇáÕáÇÉ ÝÌÇÁ þ þÇáãÄÐä þ þÅáì þ þÃÈí ÈßÑ þ þÝÞÇá ÃÊÕáí ÈÇáäÇÓ ÝÃÞíã ÞÇá äÚã ÞÇá ÝÕáì þ þÃÈæ ÈßÑ þ þÝÌÇÁ ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þæÇáäÇÓ Ýí ÇáÕáÇÉ þ þÝÊÎáÕ þ þÍÊì æÞÝ Ýí ÇáÕÝ ÝÕÝÞ ÇáäÇÓ æßÇä þ þÃÈæ ÈßÑ þ þáÇ íáÊÝÊ Ýí ÇáÕáÇÉ ÝáãÇ ÃßËÑ ÇáäÇÓ ÇáÊÕÝíÞ ÇáÊÝÊ ÝÑÃì ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÝÃÔÇÑ Åáíå ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÃä ÇãßË ãßÇäß ÝÑÝÚ þ þÃÈæ ÈßÑ þ þíÏíå ÝÍãÏ Çááå ÚÒ æÌá Úáì ãÇ ÃãÑå Èå ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þãä Ðáß Ëã ÇÓÊÃÎÑ þ þÃÈæ ÈßÑ þ þÍÊì ÇÓÊæì Ýí ÇáÕÝ æÊÞÏã ÇáäÈí þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÝÕáì Ëã ÇäÕÑÝ ÝÞÇá íÇ þ þÃÈÇ ÈßÑ þ þãÇ ãäÚß Ãä ÊËÈÊ ÅÐ ÃãÑÊß ÞÇá þ þÃÈæ ÈßÑ þ þãÇ ßÇä þ þáÇÈä ÃÈí ÞÍÇÝÉ þ þÃä íÕáí Èíä íÏí ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÝÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þãÇ áí ÑÃíÊßã ÃßËÑÊã ÇáÊÕÝíÞ ãä äÇÈå ÔíÁ Ýí ÕáÇÊå ÝáíÓÈÍ ÝÅäå ÅÐÇ ÓÈÍ ÇáÊÝÊ Åáíå æÅäãÇ þ þÇáÊÕÝíÍ þ þááäÓÇÁ
dir="ltr">"Sewaktu Rasulullah s.a.w mengunjungi Bani Amru bin Auf untuk mendamaikan pertikaian di antara mereka, maka tiba waktu sembahyang. Seorang tukang azan datang kepada Abu Bakar lalu berkata: Inginkah kamu mengimami sembahyang bersama orang ramai? Aku akan mengiqamatkannya. Abu Bakar menjawab: Ya. Kemudian Abu Bakar mendirikan sembahyang. Sewaktu orang ramai sedang sembahyang, Rasulullah s.a.w datang. Baginda menyelinap masuk ke saf pertama. Setelah melihat keadaan itu, orang ramai menepuk tangan, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Apabila orang yang menepuk tangan bertambah ramai, beliau menoleh dan melihat Rasulullah s.a.w. Baginda mengisyaratkan kepada Abu Bakar agar tetap berada di tempatnya. Abu Bakar mengangkat kedua tangannya memuji Allah s.w.t sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w lalu Abu Bakar berundur ke belakang sehingga menyamai dengan saf pertama dan Nabi s.a.w pula maju ke hadapan lalu meneruskan sembahyang. Setelah selesai sembahyang, baginda bersabda: Wahai Abu Bakar! Apakah yang mencegahmu untuk tetap berada di tempatmu ketika aku menyuruhmu? Abu Bakar menjawab: Tidak layak bagi anak Abu Quhafah sembahyang di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda bersabda lagi: Mengapa kamu semua menepuk tangan? Sesiapa yang mengalami sesuatu ketika sembahyangnya maka hendaklah dia bertasbih kerana apabila seseorang bertasbih dia akan menoleh. Menepuk tangan hanyalah untuk wanita" [hadith Sahih Riwayat Muslim].

Perbuatan menukar Imam adalah sah disisi Mazhab Hanbali dan Syafie.

Sekian, wassalam

خيرالأمين