SJ-13-0299 : MASALAH BUATAN ORANG....?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0299 : MASALAH BUATAN ORANG....?

:salam

Sahabat saya mempunyai masalah yang dirasakannya terkena gangguan:-

Dia baru mempunyai sebuah perniagaan yang baru beroperasi 4 bulan.pada tiga bulan yang pertama perniagaannya amat memberangsangkan tetapi apabila masuk bulan keempat dirasakannya seperti ada yang tidak kena kepada perniagaannya.

Pertamannya dia mendapat tahu bahawa sebuah premis perniagaan lain yang tidak jauh daripada premisnya telah datang ke kedainya dan bertanyakan perkhidmatan apa dijalankan dikedainya dan dilihat daripada riak mukanya dalam keadaan resah gelisah.

Seorang hamba Allah telah datang ke premisnya untuk menempah jahitan pakaian dan akhirnya diketahui hamba Allah itu adalah bapa kepada premis perniagaan yang tidak jauh daripada premis kawan saya.

Hamba Allah yang lain datang mengambil tempahan jahitan itu dan mengutuk serta mengatakan perkara² yang ingin menjatuhkan perniagaan sahabat saya.

Ada pelanggan datang memberitahu ia tidak menjumpai premis sahabat saya sedangkan lokasinya amat mudah sekali.hinggakan pelanggan itu hampir² berputus asa untuk datang tetapi setelah berkali² menghubungi sahabatnya yang pernah datang barulah ia menjumpainya.

Ibu sahabat saya bermimpi ada hamba Allah ingin membuat sesuatu yang tidak elok kepada perniagaan sahabat saya.hamba Allah itu(di dalam mimpi ibunya) adalah orang yang mempunyai hubungan dengan premis yang tidak jauh daripada premis sahabat saya(ibunya mengenali hamba Allah itu kerana hamba Allah tersebut adalah orang yang mempunyai jawatan di kawasan itu.(sahabat saya tidak pernah menceritakan masalahnya kepada ibunya)

Persoalannya disini apakah benar adanya buatan sebegini....?sepertimana yang saya pernah mendengarnya sebelum ini...?

Sebabnya saya selalu mendengar perihal sebegini tetapi daripada apa yang saya fahami rezeki adalah datangnya daripada Allah....bolehkah makhluknya berusaha menutup pintu rezeki hamba Allah yang lain....?

Jawapan daripada Ustaz amatlah dihargai...

SJ-13-0299 : MASALAH BUATAN ORANG....?

:wassalam

al-Jawab:

Sihir dari orang yg hasad adalah suatu yg benar-benar berlaku, hatta Nabi saw yg selalu dilindungi Allah pun pernah terkena sihir. Jika sahabat anda mengesyaki dia terkena angkara sihir, maka hendaklah mengunjungi pengamal perubatan alternatif yg terkenal dgn kealiman dan wara' untuk mendapat nasihat dari mereka.
Kami di al-Ahkam tidak memiliki kepakaran dalam hal paranormal dan persihiran. sekian