SJ-12-0254 : Org kene rogol kene gugur kandungan??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0254 : Org kene rogol kene gugur kandungan??

Assalamualaikum...

Hari tu saye ada terbaca dlm surat khabar..ada 1 artikel yg tulis Fatwa Al-azhar tentang perempuan kene rogol harus gugur kandungan..

dibawah ni soal jawab dalam utusan.(6/1/2008)

SOALAN: ADAKAH benar fatwa yang mengatakan bahawa wanita yang dirogol harus menggugurkan kandungannya? Tidakkah perbuatan tersebut dilarang oleh agama?

– Norasyikin Muhammad,

Parit Buntar,Perak.

JAWAPAN:

Fatwa tersebut memang benar. Ianya adalah fatwa yang dikeluarkan oleh pihak Azhar sendiri dan kita percaya pihak berkuasa Azhar tentu lebih arif dan teliti dalam membuat keputusan tersebut. Ini memandangkan kini terlalu banyak masalah sosial seperti kejadian rogol yang boleh menimbulkan kepincangan dalam masyarakat. Apabila berlaku sesuatu angkara yang amat dibenci agama kepada seseorang bukan bererti kita dihalalkan untuk membunuh anak atau zuriat sendiri tanpa sebab sesuka hati. Tetapi atas sebab-sebab yang terpaksa dan tidak mengancam sesiapa kita dibenarkan untuk mengatasi sesuatu keperluan itu sekadar yang diperlukan.

Dalam situasi tersebut tentu ada perbezaan yang ketara antara rogol dan perbuatan zina yang mana rogol itu dilakukan hanya oleh satu pihak tanpa persetujuan pihak yang satu lagi iaitu dengan cara paksa dan ancaman, sedangkan perbuatan rogol itu amat sukar untuk berlaku tanpa kerelaan bersama. Jadi apa yang jelas di sini ialah mereka yang benar-

benar terdesak dan terpaksa akan dibenarkan secepat mungkin untuk membuang anak (janin) tersebut. Itu pun dalam keadaan yang tidak mengancam jiwa sesiapa (ibunya). Dan ia boleh dilakukan dalam masa yang belum tentu kewujudan manusia iaitu dalam tempoh satu dua bulan sahaja, kerana bila perkara itu sudah berlalu tiga bulan atau lebih maka janin tersebut sudah terbentuk dan berupa manusia apa lagi setelah ditiupkan roh. Maka hukumnya tentu lebih sukar dan berat lagi. Waktu itu tidak ada ulama yang berani mengharuskannya. Justeru perbuatan tersebut sama dengan membunuh sedangkan perbuatan yang dibenarkan itu boleh disamakan (dikiaskan) dengan amalan al ‘azl yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w. Menurut kata sahabat yang bernama Jabir, kami lakukan perbuatan ‘azl itu semasa al-Quran masih diturunkan kepada Rasulullah (tetapi al-Quran tidak pernah menyentuhnya, apa lagi melarangnya) (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain). Sebab itu ramai ulama yang membolehkannya (al‘azl) dengan persetujuan semua pihak. Wallahualam.

ape pendapat ustaz??
al-'azl tu bende pe?
harap ust dapat beri penjelasan

SJ-12-0254 : Org kene rogol kene gugur kandungan??

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Wanita yang sudah hamil melebihi 4 bulan, HARAM menggugurkan kandungannya tanpa khilaf. Ramai ulama menukilkan IJMAK seperti Ibn Juzai dalam Qawanin Fiqhiyyah (m/s 141).

- Kerana selepas tempoh 4 bulan, sesuatu janin telah ditiupkan ruh ke dalamnya, dan ia dikira satu jiwa yang mempunyai kehormatan. Menggugurkannya bererti membunuh satu jiwa tanpa hak.

- Hukum ini tidak membezakan antara janin yang tercipta melalui perkahwinan, atau melalui perbuatan zina, atau melalui paksaan seperti rogol. Kerana pertalian antara janin dengan ibunya adalah sah walaupun melalui zina, bererti ia adalah anak si ibu yg sah.

- Dikecualikan dalam kes-kes darurat seperti jika diteruskan kehamilan, akan menyebabkan terancam nyawa si ibu, atau kes-kes darurat lain. Maka dibenarkan menggugur kandungan untuk memelihara nyawa ibu.

- Adapun, sebelum janin melepasi tempoh 4 bulan, maka hukum menggugurnya adalah masalah khilafiyyah. Ada ulama mengharuskannya sebelum 4 bulan. Ada ulama mengharuskannya sebelum 40 hari. Dan ada ulama langsung tidak mengharuskannya.

- Fatwa yang dinukilkan daripada al-Azhar, yg disebut dalam Utusan, memilih pendapat HARUS menggugurkan kandungan jika disebabkan rogol, kerana menganggap ia salah satu keuzuran. Tetapi fatwa tersebut HANYA dalam kes sebelum janin mencapai 4 bulan, atau terbentuk rupa fizikalnya.

- Fatwa tersebut dilihat bertepatan dengan kaedah 'Maslahat dan Mudarat' dalam Islam. Kerana tiada keraguan bahawa perbuatan rogol dikira salah satu uzur syar'ie yang kuat bagi seorang muslimah, dan keluarganya. Sudah pasti wanita tersebut dan keluarganya tidak menyukai kehadiran janin yg tercipta dari benih seorang perogol. Maka ini satu keringan tetapi HANYA pada permulaan kandungan.

Quote:
al-'azl tu bende pe?

Al-'Azl ialah: melakukan persetubuhan, tetapi si lelaki melepaskan airnya di luar, supaya mengelakkan kehamilan.