SJ-05-0345 : Doa antara 2 khutbah Juma'at & selepas iqam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0345 : Doa antara 2 khutbah Juma'at & selepas iqam

:salam

1.Adakah sunnah membaca doa ketika antara 2 khutbah juma'at. Adakah boleh membaca apa2 doa ketika itu. Adakah betul waktu tersebut merupakan antara waktu yg afdhal untuk doa dimakbulkan ALLAH SWT ?

2.Saya ada mendengar seorang ustaz mengatakan selepas iqamah tidak sunat utk membaca doa seperti selepas azan. Adakah ini betul?

Sekian terima kasih.

SJ-05-0345 : Doa antara 2 khutbah Juma'at & selepas iqam

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

a. Pada hari Jumaat memang ada satu sa’at dimana Allah swt akan mengkabulkan permintaan hambanya. Hadith riwayat Abu Hurairah ra berkata :- Abu al-Qassim :saw berkata :

Ýöí ÇáúÌõãõÚóÉö ÓóÇÚóÉñ áóÇ íõæóÇÝöÞõåóÇ ÚóÈúÏñ ãõÓúáöãñ ÞóÇÆöãñ íõÕóáøöí ÝóÓóÃóáó Çááøóåó ÎóíúÑðÇ ÅöáøóÇ ÃóÚúØóÇåõ
dir="ltr">"Pada hari Jumaat terdapat satu saat (masa), tidak seseorang Islam berdo'a pada masa tersebut dan meminta Allah sesuatu kebaikkan, melainkan akan diberikan kepadanya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #5295 dan Muslim #852].

Walaubagaimanapun, ulama' khilaf mengenai waktu mana pada hari Jumaat do'a tersebut di kabulkan. Ibn al-Qayyim rh menyebut bahawa terdapat dua pandangan sahih mengenainya iaitu :-

1. Waktu dimana Imam duduk diatas Mimbar sehingga berakhirnya solat Jumaat. Dari Abu Burdah ibn Abi Musa al-Asy'ari berkata : Abdullah ibn Umar ra. berkata kepada ku:-

ÃóÓóãöÚúÊó ÃóÈóÇßó íõÍóÏøöËõ Úóäú ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ýöí ÔóÃúäö ÓóÇÚóÉö ÇáúÌõãõÚóÉö ¿ ÞóÇáó : ÞõáúÊõ : äóÚóãú º ÓóãöÚúÊõåõ íóÞõæáõ : ÓóãöÚúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ : ( åöíó ãóÇ Èóíúäó Ãóäú íóÌúáöÓó ÇáúÅöãóÇãõ Åöáóì Ãóäú ÊõÞúÖóì ÇáÕøóáóÇÉõ ) .
dir="ltr">"Tidakkah bapa kamu meriwayatkan dari Rasulullah :saw mengenai saat (khusus) pada hari Jumaat? Dia berkata : Dia telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah :saw berkata : Ia adalah diantara waktu Imam duduk sehinggalah selesai solat" [Hadith Riwayat Muslim #853].

2. Waktu kedua adalah yang dikatakan lebih rajih dari padangan pertama iaitu waktunya adalah selepas solat Asar pada hari Jumaat. Ini merupakan pandangan Abdullah ibn Salam, Abu Hurairah, Imam Ahmad dan lain2. Hadith dari Abu Sa'ed al-Khudri dan Abu Hurairah ra : bahawa Rasulullah :saw bersabda :-

Åöäøó Ýöí ÇáúÌõãõÚóÉö ÓóÇÚóÉð áóÇ íõæóÇÝöÞõåóÇ ÚóÈúÏñ ãõÓúáöãñ íóÓúÃóáõ Çááøóåó ÚóÒøó æóÌóáøó ÝöíåóÇ ÎóíúÑðÇ ÅöáøóÇ ÃóÚúØóÇåõ ÅöíøóÇåõ æóåöíó ÈóÚúÏó ÇáúÚóÕúÑö
dir="ltr">"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu masa dimana tidak seseorang Islam itu memohon dari Allah azza wajalla sesuatu kebaikkan melainkan Allah akan memberikan kepadanya, maka waktunya adalah selepas Asar" [Hadith riwayat Ahmad didalam Musnad #7631].

Didalam hadith riwayat Jabir ibn Abdullah ra. bahawa Rasulullah :saw bersabda :

íóæúãõ ÇáúÌõãõÚóÉö ÇËúäóÊóÇ ÚóÔúÑóÉó ÓóÇÚóÉð ¡ áóÇ íõæÌóÏõ ÝöíåóÇ ÚóÈúÏñ ãõÓúáöãñ íóÓúÃóáõ Çááøóåó ÔóíúÆðÇ ÅöáøóÇ ÂÊóÇåõ ÅöíøóÇåõ ÝóÇáúÊóãöÓõæåóÇ ÂÎöÑó ÓóÇÚóÉò ÈóÚúÏó ÇáúÚóÕúÑö
dir="ltr">"Hari Jumaat terdapatnya 12 jam, dimana didalamnya tidaklah seseorang Islam itu memohon kepada Allah swt sesuatu melainkan dia akan mendatangkan (memberikan) kepadanya. Maka carilah waktu akhir selepas Asar" [Hadith Riwayat Abi Daud #1048, al-Nasaa'i #1389].

Mengenai pandangan (1); iaitu waktunya adalah diantara Imam duduk diatas mimbar sehingga selesai solat. Ini tidak bermakna seseorang itu menyibukkan dirinya dengan berdo'a sehingga lalai dari mendengar khutbah Jumaat. Dia boleh mengaminkan do'a Imam (tanpa mengangkat tangan dan tanpa menyaringkan suara), dan juga boleh berdo'a ketika sujud dan sebelum memberi salam.

Dia juga boleh berdo'a pada waktu akhir solat Asar, sebagaimana pandangan (2) diatas.

b. Mengenai do'a selepas iqamah, memang tidak ada dalil yang menyebutnya. Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Torifi : tidak thabit dari Rasulullah :saw apa-apa bacaan/zikir atau do'a sebelum Takbir al-Ihram. Yang ada hanyalah makmum menyibukkan diri meluruskan saf [Sifatu Solaati al-Nabii :saw, ms 45].

Sekian, wassalam

خيرالأمين