SJ-13-0475 : Hukum bersalam 'anak saudara angkat'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0475 : Hukum bersalam 'anak saudara angkat'

Assalamualaikum,
Ustaz,

PUAN H adalah anak angkat Pn O dan En B.

Apakah hukum bersalam bagi:

1. Anak perempuan PUAN H yg umur 30 ke atas bersalam dengan anak lelaki Pn O dan En B (jadi bapa saudara,umur lewat 40 ke atas) ?

2. Anak perempuan PUAN H yg umur 30 ke atas bersalam dengan suami anak perempuan Pn O dan En B (jadi adik ipar lelaki PUAN H,umur lewat 40 ke atas) ?

3. Cucu lelaki PUAN H yg umur 15 ke atas bersalam dengan anak perempuan Pn O dan En B (lewat 40 ke atas) ?

4. Cucu lelaki PUAN H yg umur 15 ke atas bersalam dengan isteri anak lelaki Pn O dan En B (lewat 40 ke atas) ?

Terima kasih.

SJ-13-0475 : Hukum bersalam 'anak saudara angkat'

Salam ,

Point utama dalam persoalan di atas ialah , siapa sahaja yang bertaraf anak angkat perempuan yang telah akil baligh hukumnya adalah haram bersalaman dengan mana-mana lelaki walaupun bapa angkatnya dan saudara mara lelaki bapa angkatnya.Begitu juga dengan anak angkat lelaki yang juga telah akil baligh.Ia juga haram bersalaman dengan mana-mana perempuan termasuk mak angkatnya dan saudara mara perempuan mak angkatnya.

Secara ringkasnya , hukum mereka adalah seperti lelaki dan wanita yang bukan mahram dan halal dinikahi.

Dengan sebab itu jugalah anak angkat tidak boleh di bin atau di binti kan dengan bapa angkatnya.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com