:salam
Nampaknya sekali lagi - peti e-mel saya dipenuhi dengan soalan agama . Saya bukannya tidak suka orang menanyakan masalah agama secara menghantarkannya ke dalam e-mel peribadi , akan tetapi bukankah dengan menghantarkannya ke web al-ahkam online lebih besar manfaatnya . ;)
MUDAH-MUDAHAN AL-FADHIL USTAZ THTL SUDI MENJAWAB SOALAN BERIKUT :
From: "Fahrurazi Othman"
Assalamualaikum w.t.b,
Di negara Jepun kebanyakan makanan yang telah diproses (85% ke atas) termasuk roti mempunyai kandungan yang diragui iaitu emulsifier dan juga asid amino. Setelah menerima pelbagai maklumat, kedua-dua bahan tersebut ada menggunakan minyak binatang.
Saya ada membaca bahawa daging yang haram jika diproses secara kimia sehingga tiada lagi menunjukkan sifat-sifatnya boleh diharuskan untuk menggunakankannya, benarkah?
Disebabkan kebanyakan bahan makanan proses mempunyai ingredient tersebut, menjadi kesukaran bagi saya dan pelajar-pelajar lain untuk memilih bahan untuk dibuat masakan. Saya berharap sekiranya ada ruangan-ruangan atau keringanan untuk kami di dalam masalah ini.
Saya harap ustaz dapat menjawab persoalan ini.
Wassalam
Razi
:salam
Sila lihat link berikut yg berkait dgn soalan:
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5323
Sekian. :wassalam