SJ-05-0543 :Ragu2 tentang sahnya solat, lps chk sah la pulak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0543 :Ragu2 tentang sahnya solat, lps chk sah la pulak

salam,

adakah sah solat bila kita tak pasti tentang sesuatu hukum (contohnya pasal susunan saf yg mana lelaki terpaksa berada satu baris dengan pempuan), tetapi kita terus je solat.. then bila check confirm sah.

sah ke solat dalam keadaan macam tu. ye lah takkan nak check AAN pulak time kat saf.. lagipun jawapan tak dapat on the spot.

tq.

Re: Ragu-ragu tentang sahnya solat tapi lepas check sah la pulak

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Bagi mereka yang tidak mengetahui sesuatu hukum, ia tidak membatalkan sesuatu ibadat. Firman Allah swt :-

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
"dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [surah al-Ahzab :5].

Betul langkah yang anda lakukan, iaitu merujuk kepada mereka yang mengetahui tentang sesuatu hukum selepas itu.

Walaupun selepas bersolat, anda masih meragu-ragu atau syak, ia tetap tidak akan merubah kesahihan sesesuatu ibadat. Berkata ulama :

أما مجرد الشك فلا يبطل العبادة بعد فعلها
"Syak semata-mata tidak membatalkan ibadat selepas melakukan"

Mengenai hukum bersolat sebaris dengan wanita, jika wujudnya jarak diantara wanita dan lelaki, dimana jarak tersebut boleh memuatkan satu orang bersolat, maka solat tersebut tidak terbatal menurut jumhur ulama Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Mereka khilaf jika tidak ada jarak (sebelah menyebelah) diantara wanita dan lelaki.

Bagi Mazhab Hanafi, jika tidak terdapat jarak diantara wanita dan lelaki, ia akan membatalkan solat wanita tersebut, dan 3 lelaki; di kanannya, di kirinya dan dibelakangnya.

Bagi Mazhab Syafie, jika tidak terdapat jarak diantara wanita dan lelaki, solat tersebut adalah sah, kerana tidak terdapat dalil / nas yang menyatakan bahawa perbuatan tersebut membatalkan solat. [al-Majmu' Sharh Muhazzab, 3/331]. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين