salam, saya berkerja dan menyambung pengajian kedoktoran .. gaji dapat, elaun biasiswa bulanan pun dapat.
buat masa ni saya bayar zakat pendapatan.. tapi elaun biasiswa nak kena zakat juga ka.. ? ikutkan kalo sambung belajar ni fisabilillah juga.
sekiranya kena.
katalah saya mula mengaji pada akhir 2009... katalah disember. dan saya dapat elaun untuk januari dan feb 2010 in advance, adakah saya kena zakat bagi ketiga2 bulan tu punye elaun?
gaji dalam rm4K, elaun dalam rm900.. total almost rm5K. beristeri(kerja dan bayar zakat pendapatan sendiri) dan perlu bayar sewa rumah, loan kereta, loan ptptn yg perlu dilunaskan.
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Gaji, elaun, bonus, biasiswa termasuk dalam pendapatan yang dikira dalam zakat pendapatan. Kerana semua tersebut adalah dalam kategori al-Maal al-Mustafaad.
Pengiraan zakat boleh dilakukan secara sekali gus, dengan mengira kesemua gaji tahunan dicampur dengan biasiswa tahunan. Daripada jumlah itu, ditolak perbelanjaan tahunan dan yang berbaki dikenakan zakat jika mencukupi nisabnya.
Pengiraan lebih mudah ialah dengan mengira zakat pendapatan secara tahunan. Tetapi boleh juga kalau mahu mengiranya secara satu persatu. Yakni, setiap kali dapat biasiswa, elaun, atau gaji, kita membuat jadual tersendiri untuk mengira haulnya. Tetapi cara begini lebih sukar.
Boleh menentukan jumlah zakat dengan menggunakan calculator di e-zakat. http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com