SJ-12-0363 : couple muda

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0363 : couple muda

salam.
saya seorang dlm umur pertengahan 20an baru berkahwin dlm 7bln yg lps dgn muslimah sebaya.
walaupon kami berumur tersebut, kami(sy dan isteri) kelihatan spt pelajar universiti dan mungkin ada yg menyangka kami sekolah menengah(malah ada yg menyangka isteri sy sekolah rendah ataupon adik sy).

berikutan dgn keadaan kami, sy ingin bertanyakan kpd pihak al-ahkam, adakah hubungan kami suami isteri terbatas di khalayak ramai?(mungkin akan menimbulkan pelbagai fitnah)
jika ya, sekadar mana batasannya?
adakah boleh sekadar memegang tgn?
memeluk(ketika ingin berpisah.sy tidak memikirkan memeluk di bahagian pinggang kerana ia menampakkan bentuk tubuh isteri sy)?
bagaimana dgn bercumbu(ketika ingin berpisah,cium dahi etc.tidak sy fikirkan tentang bermesra2 dikhalayak ramai tanpa tujuan)?
memandangkan keadaan akhir zaman yg penuh dgn budaya barat 'couple', sy khuatir fitnah boleh timbul dimana2.

mohon penjelasan,terima kasih.
wallahu'alam.

Re: couple muda

Salam ,

Al-hamdulillah dan tahniah kerana saudara telah pun mengikat tali pernikahan.Dengan ini saudara telah terselamat dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan maksiat.

Apa yang penting,walaupun saudara dan isteri adalah sepasang suami isteri yang sah , saudara perlu menjaga batas-batas perhubungan apabila berada dikhalayak ramai @ umum.Ini kerana , bukan budaya Islam bercumbu-cumbu atau bermesra-mesra didepan orang ramai.Perbuatan bercumbu-cumbu yang berlebihan dikhalayak akan menimbulkan firnah dan juga boleh menaikkan syahwat orang yang melihat.

Perbuatan bercumbu-cumbu atau bemesra2 bagi pasangan suami isteri tanpa batasan adalah dibolehkan apabila berada dirumah.Walaubagaimana pun para suami dan isteri juga adalah dituntut untuk menjaga adab dan batasan perhubungan apabila berhadapan dengan anak2 atau ahli keluarga lain kerana natijahnya adalah sama seperti diatas.

Setakat berpegangan tangan adalah tidak mengapa kerana ia adalah fenomena biasa yang boleh dilihat dimana2 dan masyarakat biasanya tidak mengambil peduli akannya.Apa yang tidak dibolehkan ialah kemesraan yang melampau sehingga menyebabkan masyarakat yang tidak mengetahui status perkahwinan saudara memandang serong terhadap perbuatan tersebut.

Kesimpulannya , Dirumah juga kita dituntut menjaga batasan-batasan perhubungan apabila berhadapan dengan ahli keluarga lain , maka , apatah lagi ketika diluar.Jagalah sebaik mungkin agar tidak mendatangkan fitnah yang boleh merosakkan.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com