SJ-14-0190: Status hadis ibarat kalungkan emas dan permata kepada anjing & babi

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-14-0190: Status hadis ibarat kalungkan emas dan permata kepada anjing & babi

salam ustaz / admin.. minta pencerahan satu kenyataan yg katanya hadith Rasululllah shollallahu ‘alaihi wasallam mengumpamakan orang yang memberi ilmu kepada orang yang tidak berminat dengan ilmu ialah seperti orang yang mengkalungkan emas dan permata kepada anjing dan babi.http://alfurqanlover.blogspot.com/2012/12/kelebihan-menuntut-ilmu.html

panel-feqh's picture
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:35am
Petikan dari kitab Misykat al

Petikan dari kitab Misykat al-Masabih:

وَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَوَاضِعُ الْعِلْمِ عِنْدَ غير أَهله كمقلد الْخَنَازِير الْجَوْهَر واللؤلؤ وَالذَّهَبَ» .

رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَرَوَى الْبَيْهَقِيُّ فِي شُعَبِ الْإِيمَانِ إِلَى قَوْلِهِ مُسْلِمٍ.

وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ مَتْنُهُ مَشْهُورٌ وَإِسْنَادُهُ ضَعِيفٌ وَقَدْ رُوِيَ من أوجه كلهَا ضَعِيف

Terjemahan:

Dari Anas bin Malik katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Menuntut ilmu itu adalah fardu ke atas setiap muslim. Dan orang yang meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya adalah seperti mengalungkan babi dengan mutiara, intan dan emas.

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan al-Baihaqi di dalam kitab Syu'ab al-Iman sehingga perkataan (MUSLIM). 

Katanya: Hadis ini matanya masyhur dan sanadnya dhaif/lemah. Ia telah diriwayatkan melalui beberapa jalan namun semuanya dhaif.

Syeikh al-Albani mengatakan (didalam komentar Sunan Ibnu Majah): 

صحيح دون قوله وواضع العلم الخ فإنه ضعيف جدا

Terjemahan:

Hadis ini sahih tanpa tambahan kata (Dan orang yang meletakkan ilmu..) hingga akhir hadis. Maka sesungguhnya penambahan berkenaan berstatus dhaif jiddan/terlalu lemah.

 Petikan dari: http://al-ahkam.net/home/status-hadis-seperti-mengalungkan-babi-dengan-m...