Soaljawab Islam

SJ-11-0124 : zakat dan pengurusan kewangan

salam semua...

ana ada beberapa soalan mengenai zakat dimana ana telah cari di semua archive dan semua jawapan tak menjawab soalan ana

Ana tahu kaedah mengira zakat ada 2.

Soalan saya:

1) Untuk kaedah pertama, ianya mengambil kira keseluruhan gaji yg kita dapat dalam setahun dan di zakatkan sebanyak 2.577%. Adakah ianya cuma gaji pokok atau keseluruhan gaji yg kita dapat selama setahun.

SJ-14-0095 : Maksud al-bayan.

Assalamualaikum wbt. Mengapakah di dalam ayat kelima surah Ar-Rahman diterjemahkan al-bayan sebagai berkata-kata/berbicara sedangkan jika dilihat di dalam kamus bermaksud penjelasan, penerangan? Mohon berkongsi ilmu.

SJ-04-0059 : Perihal wudhu' bertangguh

:salam

Betul ke pendpt sesetengah ustaz apabila kita berwudhu' contohnya sehingga ke2-2 belah tangan di rumah, kemudian gi masjid baru sambung baki anggota wudhu' itu. Dia kata sbb rukun wudhu' adalah tertib, bukannya mesti 'berturut-turut'. ::?:
Kalau betul, apakah selang masa yg dibenarkan syara'?

syukran

SJ-11-0127 : Hukum jadi peguam/hakim

:salam

Ada sorang ustaz aliran tradisional tmpt saya ni bertegas bhw sesapa yg keje sbg lawyer/hakim atau yg seumpamanya (non-syariah legislation) akan masuk neraka lantaran pekerjaan mereka itu. Ini kerana mereka menggunakan & mengiktiraf hukum-hakam ciptaan barat/manusia (cth: Brit common law) instead of hukum-hakam dari AQ n Sunnah. Camne tuh?

jkk

SJ-05-0280 : Solat Sunat Mudah Keluar Roh

Saya ada terbaca ada satu jenis sembahyang sunat yang boleh dikerjakan untuk menolong supaya senang ruh keluar daripada badan kita. Apa pendapat ustaz. Syukran.

SJ-01-0092 : soalan2 dari non muslim

salam.. ada non muslim bertanya

1.Kalau kita mati,roh kita akan ke alam barzakh sementara menunggu judgement di pdg masyhar.Bererti Neraka belum berpenghuni..kan?Apa la roh tu buat di alam barzakh nanti?

2.Kalau kita di alam barzakh nanti..Munkar& nakir seksa kita stiap hari sampai kiamat ka?

ni soalan dah pernah dgr cuma lupa cara nak jawab..sebab nnt dia akan cakap Allah tak adil sebab org yg mati awal kena seksa awal..

harap penel2 dapat bantu

SJ-03-0084 : Perantara najis berat?

:salam

minta maaf,soalan ini agak remeh-temeh dilihat,tapi memberi byk kesan kat diri ana..

utk pengetahuan para ahli panel fiqh,ana ada pelihara seekor anak kucing selama ini. anak kucing ini dikurung dlm bilik mcm setor,tapi disediakan tmpt buang hajat dan makan minum lah.. maklum lah kalau tak kurung 2,nanti akan digigit anjing2 kat sini. sebab kawasan perumahan kami,majoriti anjing2 peliharaan termasuk jiran ana.

SJ-14-0094 : Huraian Hadis berkaitan Bangsa Parsi

Ada penceramah membaca Hadis dibawah di kuliah di surau kg saya.

http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1476

SJ-12-0212 : Tinggal bersama mertua

Adakah dayus bagi seorang suami tinggal bersama mertuanya?

SJ-11-0123 : Zakat Fitrah - Berbeza Tempat

:salam

Moga kita dirahmati Allah.

Saya tinggal di Perak....kuarga mertua di Ganu...kuarga sendiri di N9 & Melaka....

1) Boleh atau tidak saya nak tunaikan zakat fitrah utk ahli kuarga mertua dan sendiri di Perak yakni kadarnya RM5 seorg????

2) Saya dah tunaikan zakat fitrah utk diorg...bolehkah diorg nak tunaikan zakat fitrah di tempat diorg???...walhal saya dah maklum awal tentang pembyrn tersbt...

SJ-05-0278 : TARAWIH 2 RAKAAT SAJA

Bagaimana dengan orang yg terlalu letih bekerja atau kepenatan berpuasa, maka dia hanya solat tarawih 2 rakaat saja seorang diri.

Apakah ia dianggap solat tarawih?

SJ-14-0104 : Khatam Quran Sebelum Tidur

:salam

Dlm tazkirah subuh ramadhan seorg ustaz menyebut bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda HANYA kepada Sayyida Ali bin Abi Talib sahaja, menyuruh beliau supaya khatamkan al-quran sebelum tidur krn Baginda tahu hanya Sayyida Ali saja yg mampu, tidak sahabat-sahabat lain. Maksudnya Sayyidina Ali khatam quran tiap-tiap malam.

Minta bantuan ahli panel al-ahkam jika terdapat hadis tersebut dan darjatnya. JKK.

:wassalam

SJ-14-0093 : syarah hadis

:salam

setahu saya ada satu hadis yg matannya "Allah tidak melihat kepada wajah dan harta kamu semua, tetapi Allah melihat kepada hati2 kamu dan dan amalan2 kamu"

mintak tlong bagi syrah bagi hadis ini kerana ada pihak yang cuba mengekploitasikan hadis ini untuk tjuan peribadi..sekian. :wassalam

SJ-07-0088 : menyiram kubur

:salam

saya cuba cari bab tentang menyiram air/air bunga/air yang dibaca ayat2 al-quran ke atasnya, namun tak jumpa jadi saya rasa ini bukan soalan ulangan. Saya nak tahu dari mana datangnya dalil sahih atau tidak tentang perbuatan ini. kerana saya lihat ia seolah-olah menjadi kebiasaan lebih-lebih lagi dengan ramainya orang mati dilihat di dada-dada akhbar dengan menunjukkan siraman air tersebut.

terima kasih.

SJ-14-0091 : Hadis Ini Sahih,Dhaif atau Palsu?

:salam

"Suku pertama Ramadhan itu Rahmat,Suku kedua Ramadhan itu keampunan dan suku ketiga Ramadhan itu Pembebasan dari api neraka"

Apakah status hadis diatas?Setahu saya,hadis ini Palsu.Tetapi terdapat beberapa orang mengatakan hadis ini Sahih.Jadi saya mohon jawapan dari Panel Fiqh Al-Ahkam.Terima kasih.