Soaljawab Islam

SJ-05-0273 : Bacaan dlm solat mesti didengari ditelinga?

:salam

Benarkah hukum kita mesti membaca setiap bacaan dalam solat sehingga telinga kita sendiri mendengarnya, jika tidak bacaan tidak sah atau tidak boleh dibaca secara buka mulut sahaja?

Terima kasih.

SJ-01-0089 : Maksum tapi berbuat dosa?

:salam

Ada satu situasi di mana saya telah disoal oleh seorg bukan Islam ttg sifat maksum para Nabi a.s.

SJ-14-0092 : Hadith/Athar berkenaan Lukisan/Ukiran

:salam

Setelah membaca fatwa Syeikh Al-Qaradhawi, barulah saya paham status lukisan/ukiran/karikatur/etc di sisi syara'. Cuma saya perlukan maklumat tambahan berkenaan bbrp hadith/athar lain barangkali byk tetapi tidak dinyatakannya.

i) Ada ustaz beraliran tradisional ni sebut satu hadith psl Aisyah buat jahitan pada sarung bantal (kalu x silap) bergambar burung. Lalu Nabi saw menyuruhnya membaringkan bantal tsb n tidak meletakkannya tegak. Rasanya hadith ni Dha'if, kan? Minta verifikasi tetuan

SJ-13-0308 : Mahram & Muhrim

Saya dapati istilah mahram dan muhrim seringkali bercampur aduk dan digunakan dalam bentuk ayat atau perkataan yang sama.

Adakah mahram dan muhrim boleh digunakan kedua-duanya sekali bagi merujuk kepada orang yang bukan ajnabi?

Terima kasih!

SJ-08-0072 :Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa

Assalamualaikum...

Saya bertugas sbg seorang pegawai pergigian. Masalah saya, pada bulan puasa setiap tahun, boleh dilihat dgn ketara sekali ramai kaum lelaki (terutamanya yg muda2) datang ke klinik pergigian dengan aduan 'sakit gigi', 'ingin rawatan scaling (cuci karang gigi)', 'ingin tampalan', 'ingin cabutan', 'bengkak' dan sebagainya.

SJ-12-0209 : Cinta Dengan Penzina

Assalamualaikum wbr yang mulia ustaz.. Saya nk mendapatkan justifikasi tentang soalan di bawah:

Saya berkenalan dengn serius dengan seorang lelaki. Setelah sekian lama, saya mendapat tahu drpd beliau yang mana beliau pernah terlibat dengan zina sebanyak 2 kali sebelum mengenali saya. Beliau menyatakan bahawa beliau telah berubah dan bertaubat.

SJ-07-0087 : do'a...

:salam

ade satu kemusykilan...

1) jikalau kita berdoa seorg, bolehkah kite berdoa di dlm bentuk jama'?Ini adalah krn byk doa dr nabi dan al-quran adalah di dlm bentuk jama'. Adakah perlu ditukar kpd bentuk mufrad?

2) klu berdoa berdua pula (cth: dgn isteri), adakah perlu pula berdoa dlm bentuk muthanna?jika perlu,bagaimana bg mereka yg tiada/kurang pengetahuan di dlm bahasa arab?Adakah boleh berdoa dlm bentuk jama'?

terima kasih.

SJ-08-0069 : Lailatul Qadar: Malaikat pilih masjid?

:salam

Saya pernah diberitahu oleh seorg ustaz bhw pada mlm LailatulQadar, malaikat akan turun ke masjid yg dibina dgn sumber kewangan yg benar2 halal sahaja. Dia membawa satu contoh sebuah masjid besar di **tooot** yg pernah ditaja sebahagian pembinaannya oleh seorang tokey panggung wayang. Maka, malaikat x turun kat situ. Apa pendapat tetuan panel?

jkk
:wassalam
::roll:

SJ-05-0279 : Niat Dalam Ibadah

Ahli Panel,
Apakah konsep sebenar niat dalam solat?
Adakah ia dimaksudkan dengan kata2 yang berlegar dalam fikiran kita mengenai perlakuan kita utk menunaikan solat?
Cth Formal : Sahaja Aku Sembahyang....2 Rakaat...Kerana Allah Talla

Bagaimanapun, sifat solat nabi tiada usolli...bagaimana tu?

Bolehkah dikira niat kalo mcm ni : (Org Kedah).."Nk semayang lehoq sat"
Dan sudah diketahui dlm hatinya, semayang sememangnya ikhlas kerana Allah...

SJ-05-0275 : Sifat solat nabi : non tartil

Adakah di mana2 hadis, tak kira apa pun statusnya yang mendescribekan nabi bersolat dengan membaca quran tanpa tartil (e.g baca fatihah senafas dan sewaqaf).

Adakah juga di mana2 hadis tak kira statusnya yang mendescribekan speed recital quran di luar solat?

JKK.

SJ-01-0091 : Keliru dengan konsep 'Keikhlasan'

:salam

Saya masih terkonfius dgn ciri2 keikhlasan dalam Islam. Saya bawakan situasi:-

i) Ramai penceramah berkata kalau belajar tinggi2 (cth: phD) SEBAB nak gaji tinggi atau title, maka dikira tidak ikhlas.

SJ-12-0214 : Perihal kelayakan jadi WALI, SAKSI & PEMERI

:salam

i) Benarkah seseorang yg berdosa besar akibat sesuatu maksiat TIDAK LAYAK LAGI menjadi wali dan saksi selepas itu?
Wali di sini dalam kes mengahwinkan anak perempuannya. Saksi pula spt saksi dlm perbicaraan kes org lain, etc

SJ-13-0310 : Tangan kiri utk yg 'kotor' sahaja?

:salam

Saya pernah terdengar bahawa kita tak digalakkan sentuh kemaluan dengan tangan kanan, samada ketika bersuci atau tidak. Kononnya Nabi SAW seumur hidup tak pernah sentuh kemaluan dgn tangan kanannya. Malahan tangan kiri kita di'khaskan' utk perkara2 kotor, dan sbb itu rekod amalan buruk di hari akhirat juga disambut dgn tangan kiri. Apa nas sahihnya?

jkk

SJ-08-0070 : Mandi Wajib

Assalamualaikum...
kalau dlm bulan ramadan nih kalau suami isteri bersama malamnye, bile waktu paling akhir sepatutnye suami isteri mandi wajib dalam bulan pose?
tlg beri kepastian skali dgn nas.
Wassalam.

SJ-03-0083 : Sambungan soalan: jilatan anjing

:salam
Mohon maaf. Saya merujuk kepada jawapan.

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33715

Nampaknya berlainan dengan jawapan al-ahkam sebelum ini di mana hukum membasuh tujuh kali itu hanya khusus untuk jilatan anjing sahaja.

Minta pandangan. THTL mungkin?
:wassalam