Soaljawab Islam

SJ-13-0320 : Dosa percuma dalam medic?

i) Kisah benar. Aritu ada sorang budak motor laju tergolek di jalan depan rumah saya. Adik perempuan saya (medic student) yg kebetulan berada di dlm rumah nampak accident tu terus meluru keluar bagi first aid, memandangkan takde org lain di sekeliling situ (rumah kampung jarang- jarang). Masalahnya, dia terpaksa rush ke scene tu dlm keadaan tak sempat/teringat pakai tudung. Tengah2 menolong, baru datang jiran2 keliling (lelaki) tolong sama. Kalau dia gi capai tudung dulu kemungkinan too late untuk budak tu.

SJ-08-0078 : tahi hidung ketika puasa

assalamualaikum ... satu lagi ana nak tanyer pasal tahi hidung .. jika ia bersama2 hingus dan berada dalam hidung adakah batal jika ditelan? macam maner pula jika tahi hidung itu masuk ke dalam saluran makanan melalui saluran hidung apabila seseorang menelan air liur dan memahami tahi hidung akan masuk ke dlaam saluran makanan... ( sengaja ) adakah batal? terima kasih

SJ-08-0079 : assalamualaikum.. masalah pelik ketika puasa

ader seseorang yang bulu hidung dia panjang sehingga melebihi hidung. dia sedar yang bila berwudhu' walaupun dia tak memasukkan air ke dalam hidung, air tetap akan masuk bila bernafas ketika membasuh muka... adakah ini dikatakan sengaja memasukkan air ke dalam hidung? adakah batal jika dia bernafas, air tersebut telah masuk kedlm saluran makanan? terima kasih

SJ-11-0128 : nak bayar fitrah

salam ustaz, boleh ker sy byr fitrah kepada org muallaf, budak2 mengaji(fisabilillah)? adakah ianya khas utk fakir miskin jer? apakah dalilnya...?

SJ-15-0011 : Akidah Imam Asha'arie (Pengasas Mazhab ASWJ)

:salam

Apakah pegangan Imam Asha'arie rhm sebenarnya tentang zat dan berarahnya Allah swt ? Saya keliru berikutan ada yang mengatakan Imam Asha'arie rhm berpegang kepada bahawa Allah swt itu berada di mana-mana (tiada bertempat) dan ada yang mengatakan bahawa al-Imam sebenarnya berpegang kepada bahawa Allah itu bersemayam di Arasy (bertempat) ?

Mohon penerangan. Wallahualam.

Jazakallah

SJ-14-0099 : surah furqan

:salam

saya ada sedikit kemuykilan.minta panel al-ahkam boleh beri sedikit penjelasan..

di dalam surah al furqan ayat 63(sifat2 ibadurrahman) Allah ada menjelaskan berkenaan apabila org jahil menyapa dgn sapaan yg kurang beradab ataupun biadab hendaklah kita jawab atau kita balas dgn perkataan yang baik(selamat).

SJ-05-0304 : Dua Imam dalam satu masjid - Solat Witir

Semalam saya dengar syarahan ada ustaz yang mengatakan sekiranya ada dua imam di dalam masjid melakukan solat yang sama, maka solat itu haram. Saya melihat ini yang berlaku di kebanyakan masjid di negara saya pada solat witir di bulan ramadhan. Tarawikh sama sama...tapi bab witir mereka yang bermazhab hanafie akan keluar dan solat di belakang bersama imam mereka sebanyak 3 rakaat sekali gus. Sedangkan Imam dan makmum yang bermazhab syafie solat 2+1 rakaat. Adakah solat kedua dua jamaah itu haram ataupun tidak sah.

SJ-15-0017 : Buku: Qaul imam Syafi'i-Sunnah

Adakah terdpt satu kompilasi bahan bacaan di pasaran yg menggarishuraikan perbezaan di antara kerajihan Sunnah/Hadith dan (vs.?) qaul2 Imam Syafi'i yg kurang/tak relevan pd masa kini. Cth: Kebatalan wudhu' sentuh wanita; tahrik; berzakat guna makanan asasi; doa SELEPAS solat; qunut witir Subuh; thoharoh; dsb.

SJ-05-0283 : Imam yang Bermazhab Syafie

Baru Baru ini saya ada mendengar pendapat bahawa dalam mazhab syafie, orang yang mengimami solat hendaklah berhenti/diam sejenak setelah membaca fatihah. Ini adalah untunk makmum membaca fatihah. Setelah diam sejenak imam menyanmbung dengan bacaan surah dan makmum hendaklah dengar bacaan Imam. Ada ustaz yang mengatakan ini disebut di dalam kitab Imam Syafie dan Imam Nawawi. Sekiranya benar pendapat ini, apakah yang patut dilakukan oleh Imam yang diam sejenak itu? ada tak zikir ataupun doa doa yang harus dibaca oleh imam secara perlahan.

SJ-13-0322 : Sedikit perincian ttg produk animasi/lukisan

Fatwa oleh para ulama kontemporari spt Syeikh Yusuf Qaradhawi dah clear psl hukum-hakam, kemaslahatan dan kefardhu-kifayahan menghasilkan produk animasi. Cuma satu bhgn yg saya dok cari x dijelaskan dgn lebih terperinci, iaitu berkenaan dgn unsur yg x masuk akal/mustahil berlaku di alam nyata ni.

SJ-04-0060 : Sental daki ketika mandi wajib

:salam

SJ-13-0333 : Hukum "menjual" nama orang lain???

Assalamualaikum..

Saya telah menegur jiran saya kerana maksiat yang dilakukan anaknya.Tetapi, dia tidak menerimanya dan menuduh saya yg lebih2. Oleh itu, saya telah "menjual" nama jiran2 lain yang mengutuk dia dari belakang untuk mengelakkan tuduhan dari dia dan menguatkan teguran saya. Saya "menjual" nama jiran2 lain tanpa keizinan mereka.

1) apakah hukum sebenar/asal "menjual" nama org lain tanpa izin?

2) adakah salah "menjual" nama orang lain apabila terdesak?

3) adakah ini mengadu domba?

SJ-05-0285 : Hukum solat raya dan masalah hadas..

:salam

ana nak tanya,apakah hukum bagi solat raya? setakat ni,yg ana tau,hukumnya sunat/sunah..

ya,ana seorg mualaf.. tapi di Malaysia,rata-ratanya,kebykan org Islam pakai baju Melayu pergi ke masjid time solat raya.. tapi ana tak cenderung pakai baju Melayu.. sebab ana ni masuk Islam,bukannya 'dimelayukan'.. tapi mesti ada golongan tertentu rasa lain2 kan jika ana pakai baju selain baju Melayu.. apakah baju yg blh ana pakai time solat raya nanti? baju kemeja,blh tak? setahu ana,janji tutup aurat pakaian itu..

SJ-01-0096 : boleh taqiyah

:salam
Dalam mendekati manhaj salafi, kita akan bertembung dgn amalan2 kebiasaan masyarakat yg kadangkala bertentangan dengan amalan Nabi...Masalahnya kadangkala aktiviti ini dianjurkan oleh orang2 atasan kita seperti pihak pentadbiran, pakcik2 kita, orang2 senior dalam jabatan etc. yg agak kurang wajar untuk kita menolaknya (ataupun kalau kita menolaknya, jawabnya kena buat surat tunjuk sebab!)...Jadi dalam hal ini, dibolehkan ke kita ikut aktiviti2 ini, tapi dalam keadaan "taqiyah"???...

SJ-12-0215 : hak perkahwinan..100% pada wali???

salam..sy ingin bertanya jika ayah kepada seorg anak perempuan ingin mengahwinkan anaknya itu pada seorg lelaki tetapi anak dia itu tidak menyukai lelaki berkenaan malah sudah mempunyai pilihan utk dirinya sendiri, adakah anak perempuan itu wajib taat pada ayahnya? atau perempuan itu boleh memilih pilihannya sendiri dan berkahwin dgn berwalikan ayahnya seperti biasa? adakah wali mempunyai hak 100% dlm menentukan perkahwinan anak nya?