Soaljawab Islam

SJ-14-0109 : Tolong Cari Matan

:salam

Moga dirahmati Allah,

Minta bantuan dari panel utk dapatkan teks arab...Saya terlupa matan/teks hadis nabi saw atau athar sahabat atau kata2 cerdik pandai yang berkata...maksudnya gini :

1) "Pihak yang benar jika tidak diuruskan dengan cara yang baik akan kalah dengan pihak yang batil yang diuruskan dengan cara yang baik"

2) "Kita dulu satu kaum yang hina...dan dimuliakan dgn islam..."

Mungkin pihak panel bleh tolong dptkan pd saya teks penuh ucapan tersebut dan sumbernya dari siapa....

SJ-10-0067 : Ikan Makan Najis

:salam

Moga dirahmati Allah,

Satu persoalan...ada penternak ikan keli buat kolam utk ternakannya terletak dibawah kandang ayam....ayam tersebut makan dedak...dan najisnya akan jatuh ke dalam kolam ternakan ikan tersebut...maka ia menjadi salah satu sumber makanan utk ikan tersebut...apa hukumnya makan ikan tersebut????

SU-00380 : Hukum Lelaki Memakai Gelang Tangan

:salam
Kebelakangan ini..menjadi trend kelihatan ramai lelaki memakai gelang tangan..apatah lagi mereka menjadikan alasan magnetic yang ada pada gelang tersebut boleh menyembuhkan penyakit2 tertentu....Seperti yang kita ketahui...hukum memakai gelang sebelum ini adalah haram memandangkan sifatnya sebagai perhiasan wanita....Persoalannya sekarang adakah memakai gelang magnetik yang boleh menyembuhkan penyakit ini diharuskan.,...mohon penjelasan
tq.

SJ-14-0106 :Peringatan & Pengajaran dari Ayat Ayat Al-Qu

:salam

ana harap dapat kiranya ahli panel memberi tafsiran akan ayat ayat dari surah AN-NAJM bermula ayat 35 hingga ayat 42 supaya ana mengambil pengajaran dan peringatan darinya. ana ni orang jahil.

SJ-05-0292 : Fatihah

Salam ahli panel al ahkam

Soalan pendek je;

1) Saya di tegur oleh brader arab pasal bacaan fatihah semasa imam baca surah lazim. Katanya ianya adalah sunnah, kita patut berdiam sahaja mendengar bacaan imam tanpa baca fatihah.

SJ-01-0097 : Syirik ke?

Ada ustaz mengatakan bahawa syirik hukumnya jika menyebut "yaa(wahai)" kepada orang yang sudah meninggal/wafat seperti "yaa rasulullah," "yaa nabi" kerana itu namanya menyeru orang yang sudah mati/wafat, dan menyeru orang yang sudah mati/wafat hukumnya syirik. Benarkah apa yang dikatakan oleh ustaz tersebut? Jika benar, mohon disertakan hujah dan dalilnya.

(p/s: agak ramai juga orang kita yang menyebut "yaa rasulullah/yaa nabi" terutama sekali sebahagian orang kampung dan sebahagian orang yang menyanyi lagu nasyid)

SJ-07-0093 : Doa menyeru orang kafir?

"Yaa aamanalkhaa ifiin, aaminnaa mim maanakhaaf..."

1.Ada seorang ustaz mengatakan bahawa doa di atas sebenarnya menyeru orang kafir, benarkah begitu?

2.Apakah maksud doa tersebut?

(Maaf kerana saya tidak tahu menyediakan tulisan arabnya...)

SJ-05-0286 : Solat di Musolla

:salam

Dlm musolla (di tempat kerja), terdapat seorang sedang bersolat sendirian. Apakah hukumnya seorang yg datang kemudian tidak ikut serta (berjamaah) dgn org yg sedang solat sendirian tadi?

Sekiranya terdapat ramai yg sedang solat secara sendirian dlm musollah itu, apakah yg sepatutnya dilakukan oleh seseorg yg datang kemudian?

:wassalam

SJ-15-0012 : Mazhab Imam Hadith

Baru baru ini saya terbaca di wikipedia. Ada disebut antara tokoh tokoh hadith yang bermazhab Syafie ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmidzi, Imam Nawawi. Betul ke maklumat ni?

Sekiranya tokoh tokoh hadith ini mengikut mazhab apakah hukum untuk orang awam seperti kita bermazhab?

SJ-08-0077 : berkenaan debu

assalamualaikum... ana ingin bertanyer... adakah batal puasa jika menelan air liur yg telah bercampur dengan debu apabila menyedari debu telah masuk ke dlm mulut melalui saluran hidung apabila bernafas ?
cuba terangkan dengan detail masalah debu...

adakah boleh ingin menukar mazhab setelah berpegang dengan mazhab yg lain sebelum nie dgn alasan supaya puasanya tidak terbatal apabila sudah melakukan perkara yg mmbatalkan puasa bagi mazhab yg lain?

terima kasih

SJ-11-0129 : bayaran zakat???

:salam

ana ada terbaca bahawa bayaran zakat fitrah perlu dibayar di kawasan di mana kita menyambut 1 syawal.

soalan ana adalah:

1. Ana akan pulang beraya di johor bahru pd raya kali ini. Disebabkan ana bimbang tidak sempat utk membayar fitrah di jb nnt (pulang pd khamis mlm jumaat), ana telah membayarnya di tpt kediaman ana di Selangor. Adakah fitrah ana ini sah?

2. Jika tidak, adakah ana perlu membayar fitrah sekali lg di jb nnt?

JKK...

SJ-05-0295 : Solat Jemaah : saf

Si suatu jumaat sekumpulan yang lewat tergesa2 mengambil tempat di luar masjid, dan tempat itu berada lebih hadapan daripada imam (tak pasti mereka sedar atau tidak).

bagaimana status solat mereka?

SJ-05-0287 : Niat Solat Berlainan

:salam

bolehkah solat berjamaah tetapi makmum dan imam berlainan niat contohnya makmum niat solat witir manakala imam niat solat tarawih

SJ-14-0101 : Beberapa Kepastian Hadis

Assalamualaikum,

Berikut adalah beberapa amalan Melayu yg diwarisi dr org tua2 yang dikaitkan dengan hukum/hadis/sunnah. Ana nk minta pencerahan disini.

1. Larangan tidur selepas subuh, dikatakan jauh rezeki
2. Larangan menyapu sampah keluar dari rumah pd waktu mlm, dikatakan jauh rezeki
3. Larangan memakan makanan laut dan darat pada satu masa
4. Menutup kepala ketika masuk tandas
5. Larangan masuk tandas ketika azan
6. Memakai celak
7. Berbekam

Wassalam...

SJ-14-0102 : Dusta yang dibolehkan

Dari Ummu kaltsum binti Uqbah bin Abi Mu'aith - dia termasuk muhajirat yang pertama-tama berbai'at dengan Nabi SAW - mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Tidak termasuk pendusta orang yang memperdamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil dengan baik." Kata Ibnu Syihab, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal (1) dalam perang.