Soaljawab Islam

SJ-05-0259 : Memegang mushaf quran(urgent)

Salam,
Tolong jelaskan berdasarkan al-Quran n Sunnah rasul saw atau perbuatan sahabat r.a yang dipersetujui nabi saw berkenaan dengan

i)memegang mushaf al-quran ketika mengimamkan solat sunat tarawih dan ketika bersolat sendirian iaitu solat sunat/wajib?

ii)Wanita memegang mushaf al-quran ketika haid?

Jazakallah

SJ-08-0064 : hujjah hisap rokok batal

:salam

saya nak tanya apakah hujjah menghisap rokok membatalkan puasa..adakah menghidu bau masakan sama spt menghisap rokok kerana memasukkan sesuatu kedalam rongga beerti memasukkan makanan kedalam salauran makan(fiqh sunnah)..adakah asap rokok dikira memasukkan makanan dlm rongga makanan?

SJ-14-0085 : Hafal Qur'an hati kena bersih?

:salam

i) Benarkah anggapan umum bhw hati seseorang itu MESTI bersih kalau hendak berusaha menghafal Qur'an cover-to-cover? Sebab jadi satu mcm alasan oleh mereka yg sengaja x nak hafal/baca lebih byk ayat2 AQ. Sedangkan para orientalis atau yahudi yg berhati 'kotor' tu pun ramai yg tahfiz AQ...

SJ-07-0080 : DOA ketika berbuka puasa

Salam,

ada ust yg menyatakan d antara kesilapan kita di dalam berpuasa ialah tidak memperbanyakkan doa ketika berbuka puasa.

-Apakah Nabi membaca banyak doa ketika berbuka?
-Apakah doa Nabi tersebut?

SJ-07-0083 : doa org kafir dizalimi dimakbul Allah

Assalamualaikum Warahmatullah,

Minta pandangan panel ttg terjemahan hadis ini,

Ibnu Abbas RA. telah berkata:

Bahawasanya ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman (Untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: "Hindarilah doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi".

H.R. Tirmizi. Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Abu Ya'la dan Dhiya AL-Maqdisi.

SJ-03-0081 : Najis Berat

:salam

SJ-05-0258 : berdiri hormat azan?

salam kpd semua ahli feqh yg dihormati.

saya disini ada muskil sedikit.
apabila azan dilaungkan ,contoh bilal azan apabila masuk waktu isyak,nanti ade org yg abis amik wuduk lalu masuk masjid dia akan berdiri sehingga azan abis dilaungkan oleh bilal.adakah wajib berdiri ketika itu?

SJ-05-0257 : Solat tarawih dengan satu salam

:salam

Boleh solat tarawih(8 atau 20 rakaat) hanya dengan satu salam, maksud solat terus menerus bukan salam setiap dua rakaat?

terima kasih.

SU-00378 : Solat Jumaat jatuh pada 1 syawal

:salam

Saya pernah terbaca bahawa sekiranya Hari Raya (Aidilfitri atau Aidiladha) jatuh pada hari Jumaat maka jika kita telah mengerjakan solat raya maka tidak lagi wajib kita mengerjakan solat Jumaat. Memadai dengan bersolat Zuhur. Adakah ini benar?

Terima kasih

SJ-13-0301 : Pakai contact lens berwarna x untuk bermegah...

Bagaimana jika seseorang Memakai contact lens berwarna bukan untuk tujuan bermegah, tetapi untuk tujuan ingin mencuba atau suka2????

SJ-08-0062 : Iblis dan syaitan

Assalamualaikum...

Dalam kitab Al-Quran ada tercatat bahawa dibulan ramadan iblis dan syaitan dirantai jadi adakah jin dikecualikan?

SJ-13-0302 : Ziarah atau baca Yassin

:salam

Seorang sahabat yg berkerja di premis yg sama sedang terlantar mengidap penyakit leukimia (tahap kritikal). Pihak pentadbiran mengumumkan untuk mengadakan bacaan yassin beramai-ramai untuknya.

1) Apakah perbuatan ini ada dalil drp Nabi S.A.W. atau para sahabat atau para salafussolleh?

2) Jika tiada, apakah yang paling utama dilakukan mengikut Sunnah?

:wassalam

SJ-14-0079 : hadis mengikut/meninggalkan imam

mlm kelmarin sebelum bermulanya solat sunat terawih disebuah surau. ada orang kuat surau itu membaca satu hadis secara umum, begini katanya "diriwayatkan dari bukhari dan muslim, orang yg meninggalkan imam untuk solat witir yakni selepas selesai terawih, maka sia-sialah pahala terawihnya itu" apa benarkah ada hadis ini didalam kitab hadis bukhari dan muslim? seperti ada yang tidak kena, begitu keras sekali hukumnya. mohon sedikit pencerahan.

SJ-10-0060 : Perlaksanaan ibadah korban/aqiqah yg lbh utama?

Assalamu 'alaikum...

Panel fiqh al-ahkam.net yang dihormati,

A) Terdapat kini program korban/aqiqah yang murah, efektif dan mudah ditawarkan oleh pihak2 tertentu. Perkhidmatan yang bagus ini ditambahi lagi kebagusannya dengan mengagihkan daging2 korban/aqiqah kepada masyarakat muslim yang lebih memerlukan, khususnya di negara2 ummat ISLAM yang dilanda masalah kemiskinan, sosial & dsb.

B) Ibadah korban/aqiqah yang biasa dilakukan di tempat sendiri lebih mahal, namun hikmah yang ada padanya tetap besar.

SJ-07-0079 : Anak Soleh

:salam

Bapa isteri baru meninggal, semua anak perempuan, yg saya tahu cuma 1)sedekah jariah 2) ilmu yg dimanfaatkan 3) Anak yg soleh yng mendoakan. yg tak terputus.

1)Camner ngan anak perempuan ?
2)Apakah yng elok dilakukan ?
2.1) Belum buat haji lagi, camner ? ( siapa boleh diupah buat ? yg bidaahnye camner ?
3)Adakah amalan anak lelaki yg soleh tu sekadar bebas dari siksa kubur atau selamat hingga hari pengadilan hingga bebas dari api Neraka ?

:wassalam