Soaljawab Islam

SJ-08-0087 : puasa arafah

Salam,
Saya keliru sikit berkenaan dengan bila sunnahnya berpuasa sunnah arafah disebabkan perbezaan hari aidiladha antara ksa n malaysia.
Semua telah maklum yang esok hari adalah hari wukuf di arafah,jadi sudah pasti esok disunnahkan berpuasa,jadi bagi org dimalaysia pula raya eidiladha hari khamis jadi bagaimana kedudukan berpuasa sunnah itu???Keliru saya,betulkan saya yang confuse ni...

Wassalam

SJ-08-0086 : Kemusykilan Puasa Sunat Arafah

Soalan dari seorang saudara.

===

Salaam,

Adakah kita di M'sia perlu berpuasa sunat pada hari selasa atau rabu
ini. Berdasarkan apa
yang difatwakan dlm islam online, maka adalah lebih tepat utk kita
berpuasa pada hari selasa yg mana
bertepatan dgn hari wukuf di Mekah. Mohon penjelasan.

SJ-08-0085 : Puasa Sunat Nabi Daud?

Salam Tuan Haji Kamin, Akhi Thtl dan Moderator lain.

Saya ada satu soalan, tak kisah lah sapa pun jawab, berkenaan puasa nabi daud, buka sehari puasa sehari. Leh ke?

Leh tak kita beranggapan hadis umum yang menyuruh pemuda kawin tapi kalu tak mampu hendaklah puasa, hadis khususnya ialah puasa sunat yang rutin macam senin khamis, 13,14,15 bulan Islam dan puasa SEHARI BUKA SEHARI jika ianya ada nas yang sahih.

Thanks..

SJ-08-0083 : Ganti puasa: Nifas Dan Menyusukan anak

Assalamualaikum w.b.t

Saya nak tanya.
Sekiranya ada wanita yang mengalami nifas sepanjang bulan ramadhan selepas m'lahirkan anak, dan dalam masa yang sama menyusukan anak tersebut.
Bagaimana wanita tersebut sepatutnya m'gantikan puasa??

Saya ada bertanya kan beberapa orang ustaz, ada yang menjawab...
1. Bayar fidyah sahaja, tanpa qadha', kerana ia termasuk wanita yang menyusukan anak.
2. Qadha' sahaja, tanpa fidyah, kerana ia termasuk wanita yang nifas dimana haram puasanya.

Wallahualam.

SJ-08-0084 :Petanda Malam al-Qadr dan tipu daya jin/syaitan?

Assalamu 'alaikum...

Panel fiqh al-ahkam.net yang dihormati,

Kedengaran beberapa kisah berkaitan petanda Malam al-Qadr ini begitu hebat diperkatakan di bulan Ramadhan sejak dari kecil hinggalah dewasa kini. Pelbagai kisah pelik dikaitkan dengan Malam al-Qadr antaranya pokok tunduk, angin sejuk, bintang berguguran, cahaya bulan menghampiri dll. Kesahihannya sangat boleh dipertikaikan kerana kisah2 ini dijaja ke tengah masyarakat oleh sesiapa sahaja, hatta ahli maksiat sekali pun.

SJ-08-0082 : Puasa Sunat Hari Putih

Salam akhi thtl..

Saya ada sedikit persoalan tentang puasa sunat hari2 putih.

Adakah ia bermula pada 13,14 dan 15 hijrah ke ATAU 14,15 dan 16 Hijrah?

SJ-08-0081 : Puasa Qadha...

:salam

Moga kita dirahmati Allah hendaknya...

SJ-08-0080 : kenapa kita puasa 30hari???

tolong jelaskan,mengapa tanah arab,eropah.africa,australia puasa 29 hr???
mcm mane kiraan sebenar???

SJ-08-0077 : berkenaan debu

assalamualaikum... ana ingin bertanyer... adakah batal puasa jika menelan air liur yg telah bercampur dengan debu apabila menyedari debu telah masuk ke dlm mulut melalui saluran hidung apabila bernafas ?
cuba terangkan dengan detail masalah debu...

adakah boleh ingin menukar mazhab setelah berpegang dengan mazhab yg lain sebelum nie dgn alasan supaya puasanya tidak terbatal apabila sudah melakukan perkara yg mmbatalkan puasa bagi mazhab yg lain?

terima kasih

SJ-08-0078 : tahi hidung ketika puasa

assalamualaikum ... satu lagi ana nak tanyer pasal tahi hidung .. jika ia bersama2 hingus dan berada dalam hidung adakah batal jika ditelan? macam maner pula jika tahi hidung itu masuk ke dalam saluran makanan melalui saluran hidung apabila seseorang menelan air liur dan memahami tahi hidung akan masuk ke dlaam saluran makanan... ( sengaja ) adakah batal? terima kasih

SJ-08-0079 : assalamualaikum.. masalah pelik ketika puasa

ader seseorang yang bulu hidung dia panjang sehingga melebihi hidung. dia sedar yang bila berwudhu' walaupun dia tak memasukkan air ke dalam hidung, air tetap akan masuk bila bernafas ketika membasuh muka... adakah ini dikatakan sengaja memasukkan air ke dalam hidung? adakah batal jika dia bernafas, air tersebut telah masuk kedlm saluran makanan? terima kasih

SJ-08-0076 : amalan di hari raya???

:salam

Memandangkan hari raya yg semakin hampir ini, saya ingin tahu ttg amalan2 yg thabit dr Nabi s.a.w di hari raya.

Terima kasih.

SJ-08-0075 : Minta penjelasan atas kenyataan yg i highlight

Salam,
Artikel ini baeasal dari utusan online..minta komen pihak panel berkenaan dengan kenyataan yang saya highlight kan....

Hari ini adalah hari ke-20 umat Islam di Malaysia berpuasa Ramadan. Ini bermakna, kita telah memasuki fasa ketiga Ramadan iaitu berada pada 10 malam terakhir yang terkandung di dalamnya lailatul qadar.

Pada suku terakhir Ramadan, umat Islam digalakkan meningkatkan ibadat sunat. Antara yang paling utama ialah beriktikaf untuk beribadat pada sebelah malamnya.

SJ-08-0074 : lupa nak niat,esok x pose?

salam kepada semua.
dalam bulan ramadan,kita berpuasa macam biasa.
maksudnya dia juga baca niat dan bersahur seperti biasa.
tapi pd malam ramadan ke-14 dia x pegi terawih dan tertido sampai x sahur dan hanya jaga utk solat subuh.[lepas terawih ada baca niat beramai2]
bila dah x baca niat ,dia x pose pd siangnya.
dia sangka bila dia dh x berniat pd malam ke-14 ramadan ,posenya x sah dan x guna tahan diri utk makan dan minum lagi.

SJ-08-0073 : Muntah waktu berpuasa(Urgent)

Salam,
Bagaimana jika mabuk laut ketika berpuasa dan hasil dari mabuk laut itu kepeningan yang amat sangat sehingga menyebabkan saya muntah tanpa dapat dikawal adakah puasa saya batal dan wajib diganti?Minta bantu menjawab berdasarkan dalil?

Salam...