Artikel Umum

  • Bahang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 Malaysia yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja menjadi lebih hangat dengan isu calon muslim apabila bertembung dengan calon non muslim di satu-satu kawasan. Sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat (Parlimen), terdapat pandangan daripada satu kumpulan yang mengharamkan undi kepada non muslim. Adakah tepat istinbat (kaedah keluar) hukum ini?

  • Jadi, Islam sejak kelahirannya dan sepanjang perjalanan sejarahnya tidak mengenal pemisahan antara negara dan agama dalam pengertian menyingkirkan agama daripada kehidupan awam. Dan umat Islam, hingga ke hari ini, telah dipengaruhi oleh Islam dan diilhamkan pengajaran dan petunjuknya dalam kehidupan sivil mereka, dengan perbezaan yang kekal lagi jelas. Perbezaan antara agama dan politik ini juga ketara dalam pemikiran ulama dan fuqaha’. Mereka telah membezakan antara sistem transaksi atau mu‘amalah dan ibadah.

  • 15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

  • Pembayaran fidyah cara sorong tarik ada dilaksanakan di sebahagian negeri dan tempat di malaysia.

  • Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

  • Isu hangat yang menenggelamkan isu harga ayam naik dan PRK Kuala Besut ialah isu air minuman yang diramu dengan sarang anai-anai yang memakan beberapa juz al-Quran. Dan, isu anai-anai pula tenggelam dengan isu dakwaan memperdagangkan air celupan rambut yang didakwa rambut Nabi s.a.w.

  • Sila download risalah dalam format pdf, baca dan sebarkan! 1. Risalah Ramadhan 1433 (Bhg I) 2. Risalah Ramadhan 1433 (Bhg. II) – Lailatul Qadar & I’tikaf.3. Risalah Ramadhan 1433 (Bhg III) – Hukum Semasa Berkaitan Puasa. 4. Risalah Ramadhan 1433 (Bhg IV) – Sunnah: Adab Sahur dan Iftar(Berbuka Puasa) 5-Risalah Adab Berhariraya 1432 (2011) 6-Puasa Enam-Pamplet 1432

  • Terdetik untuk menulis artikel ini ekoran dari paparan slot di TV mengenai seorang artis yang telah kembali berjinak dengan Islam memberi tazkirah mengenai amalan bacaan al-Quran kepada si mati. Beliau mengatakan bahawa : "Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-Quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat.”

  • Lensa jurukamera memfokuskan bagaimana sang bapa mendukung bayinya ketika qiyam (berdiri) dan rukuk. Ketika sujud, si comel ini diletakkan di hadapannya. Ketika duduk, si comel ini diletakkan di pangkuannya.

  • Pihak al-ahkam.net mengucapkan selamat menyambut 'Idul Fitri kepada semua umat Islam khasnya pengunjung setia al-ahkam.net.تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. Mohon maaf zahir dn batin

Artikel Berkaitan