Assalamu'alaikum,
Apa khabar saudara ahli panel? Saya ada kemusykilan tentang solat yang tertinggal dgn sengaja. Perlukah diqada semula solat tersebut atau hanya cukup dgn sekadar bertaubat nasuha?
Jawab:
Ijma' fuqaha' berpendapat solat yg ditinggalkan dgn sengaja, wajib diqadha seperti mana solat yg tertinggal akibat tertidur, atau terlupa (Muhalla # 278; Syarah Sahih Muslim 3/367; alMajmu' 3/75; Bidayah alMujtahid 1/175; alMughny 2/372; Nailool Awthor 2/261)
Segelintir fuqaha' membantahnya, antaranya Imam Ibn Hazm yg berpendapat hukum qadha utk solat yg ditinggalkan dgn sengaja adalah batil dan tidak ujud hukumnya. Ini kerana solat tidak boleh ditinggalkan dgn sengaja. Ini juga pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan muridnya alHafeedz Ibn Qayyim alJawzea dan fuqaha Salafiyya dari Saudi Arabia. Pendapat minoriti ini disandarkan kepada fatwa Umar alKhattab, anaknya, Abdullah, Ibn Mas'uud, Sa'ad bin Abi Waqs, semuanya raa. Fatwa Umar alKhattab ra," barangsiapa meninggalkan solat dgn sengaja hingga habis waktunya, tidak dapat diqadha selama-lamanya."
Jika anda memilih Ijma' (Ijma' adalah sumber hukum yg sah), maka kenalah qadha dan taubat nasuha. Jika anda memilih pendapat Ibn Hazm dan Ibn Taymiya, hendaklah diperbanyakkan amal saleh dan solat2 sunnat. Allahu a'alam