assalamualaikum,
hadis:
"dari Abu Hurairah R.A. ia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: bila seseorang sujud, maka janganlah ia menderum, seperti unta betina menderum dan hendaklah diletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya."
soalannya
bukankah unta menderum dengan meletakkan kedua kaki depannya dahulu sebelum kaki belakang? tidakkah perbuatan ini sama seperti meletakkan kedua tangan sebelum kedua lutut seperti yg dilarang Nabi S.A.W.
mohon penjelasan. harap maaf jika ada tersalah kata.
Wa'alaikumussalam sdr rizal1039
Alhamdulillah. Saya akan cuba menjawabnya yang sedaya yang mungkin kerana Sheikh moderator-moderator ruangan Fiqh ini sedang bercuti. Tajuk soalan sdr 'Hadith terbalik?' kalau sekali baca, memang boleh menarik perhatian ): . Ingat kot amalan Qul Hu Allah songsang atau amalan yang sewaktu dengannya, rupa-rupanya Hadith yang menerangkan 2 kaedah bagaimana hendak turun sujud didalam solat.
Persoalan yang merujuk kepada hadith dan cara 'duduk' unta semasa melakukan perbuatan ketika hendak sujud merupakan satu perkara di diperselisihkan oleh ulama'-ulama'. Hadith yang sdr rizal1039 rujuk tadi tarafnya sahih dikalangan beberapa ulama' hadith dan ia juga digunakan oleh beberapa ulama bagi menjustifikasikan kaedah bagaimana hendak turun melakukan sujud. Sebelum kita melihat penerangan mereka yang berpegang kepada hadith, rasanya eloklah kita lihat hadith dan perbuatan sujud yang dipegang oleh kebanyakkan ulama.
Menurut mazhab Hanafi, Syafie dan satu pandangan yang diriwayatkan dari Ahmad, seseorang yang ingin sujud hendaklah menurunkan lututnya dahulu, kemudian barulah tangannya. Al-Tirmudzi menganggap walaupun ini adalah amalan kebanyakkan ulama, sebagaimana yang beliau ucapkan didalam Sunannya (2/57).: "[Ini adalah] amalan kebanyakkan ulama' " {æÇáÚãá Úáíå ÚäÏ ÃßËÑ Ãåá ÇáÚáã }: mereka merasakan bahawa seseorang itu harus turun dengan lututnya sebelum meletakkan tangannya dibahawa, dan bila ia bangun ia harus menangkat tangannya dahulu sebelum lututnya. Mereka menggunakana hadith Waa'il ibn Hajar yang berkata :
Lain-lain ulama mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih, seperti Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma'aad). Mereka yang mendokong bahawa harus turun sujud menggunakan lutut dahulu ialah Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah, Ibn Al-Qayyim, dan juga beberapa ulama zaman ini seperti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, Sheikh Muhammad ibnu Saalih Al-Uthsaimin dan Al-Jibrin.
Kata bin Baaz didalam Majmu' fatawa:
Malik, al-Awzaai dan ulama' hadith yang lain yang berpandangan sujud harus dahulukan tangan (seperti yg sdr rizal1039 katakan tadi) , berdasarkan oleh hadith Abu Hurairah yang berkata:
Jelas Al-Albani didalam nota kaki didalam buku Sifat Solaat Nabi (ms 141) bahawa :
Maka cara turun untuk sujud menurut Al-Albani [Sifat Solat Nabi, 140] dan didalam Talkhis Sifat Solat Nabi ialah :
Didalam penyelesaian hal ini, Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah telah mengatakan didalam buku Al-fatawa (22/449) bahawa :
wallahu 'alam
-wassalam-
Rujukan :
1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Bazz. Majmu' Fatawa Samaahah Abdul Aziz Bin Baaz - 4 Riyad : Dr Al-Watan, 2000.
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaat al-Nabi (saw) Cetakan ke 2. Riyad : Maktab Al-Ma'arif, 1996.
3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Solaat al-Nabi (saw) min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
4. Abdul Rahman Muhammad bin Qaasim. Majmu' Fatawa Sheikh Ibnu Taimiyyah. Beirut : Resalah.
خيرالأمين
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ-2524 : Hadis terbalik ? (kaedah turun sujud)
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara riza1039 dan juga kepada al-Fadhil Ustaz Haji Kamin yang telah berjaya menjawab soalan di atas dengan begitu baik .
Saya hanya akan memberikan komentar tambahan berkenaan dengan “ bagaimanakah cara unta turun “ ? kerana inilah persoalan utama yang menyebabkan perselisihan pendapat di kalangan para fuqaha’ rh di dalam masalah turun sujud ini ( dan juga masalah naik daripada sujud ke rakaat selanjutnya ) .
Secara ringkasnya ada 2 kelompok ulama’ di dalam masalah ini :
KELOMPOK PERTAMA :
Mereka mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah dengan meletakkan lutut terlebih dahulu kemudian barulah tangan .
Kata mereka lagi , kalau dibuat sebaliknya , maka jadilah turun itu seperti unta dan inilah cara yang dilarang oleh Baginda Rasulullah s.a.w .
Golongan ini juga menggunakan hadis yang diriwayatkan ataupun dipergunakan oleh al-Imam Abu Hanifah rh , al-Imam Muhammad Idris asy-Syafi’e rh , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh ( menurut salah-satu pandangannya ) , al-Imam at-Tirmidzie ( dengan mengatakan cara ini adalah cara yang dipraktikkan oleh majoriti ulama’ ) , al-Imam Abu Daud rh , al-Imam an-Nasaie rh , al-Imam Ibnu Taimiah rh , al-Imam Ibnul Qaiyim rh dan beberapa ulama’ terkini seperti Syeikh ‘Abdul Aziz Bin Baz rh ( bekas Mufti Arab Saudi ) , Syeikh Muhammad Bin Soleh al-‘Utsaimin rh dan Syeikh Ibnu Jibrin rh .
KELOMPOK KEDUA :
Kelompok ini pula mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah diletakkan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian kedua-dua lutut dan diakhiri dengan muka .
Menurut mereka pula , jika dibuat sebaliknya maka itulah dia cara unta turun sujud dan itulah cara yang dilarang .
Golongan ini diwakili oleh al-Imam Malik Bin Anas rh , al-Imam al-Auza’ie rh dan muhaddis di zaman moden , Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh serta beberapa orang ulama’ .
Kelompok ini adalah kelompok minoriti .
KAEDAH SEBENAR TURUN SUJUD :
Setelah diperhatikan hujah kedua-dua pihak maka yang nyata di sini ialah LARANGAN MENIRU CARA UNTA TURUN merupakan topik yang disepakati bersama di kalangan mereka . Cuma , yang menjadi pertikaiannya sekarang ialah bagaimanakah cara unta turun ( menderum ) ke bumi ? .
Menurut pengalaman saya , semenjak kecil sampailah kelas Tsanawi ‘Aliy ( Menengah Atas ) di pondok dan SAR , saya beramal dengan hadis yang dipegang oleh Para Ulama’ Kelompok Pertama di atas .
Namun setelah saya bertemu semula dengan beberapa rakan saya yang belajar di Pakistan , mereka mengatakan bahawa amalan saya itu tidak betul , yang betul ialah sebagai mana hadis yang dijadikan alasan oleh golongan ulamak kedua itu .
Setelah saya meneliti perbahasan tersebut ( sekitartahun 1990 ) di dalam kitab “ SILSILAH al-AHADITS ad-DHO’IEFAH “ oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh ( Jilid kedua ) nyatalah bahawa beliau rh telah mentadh’iefkan ( melemahkan ) hadist yang dipegang oleh kelompok ulama’ pertama . Ertinya di sini , cara yang paling tepat dengan cara yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah dengan turun sujud dengan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian barulah lututnya . Dan semenjak hari itu , saya telah menukar cara turun sujud saya dengan cara yang dipegang oleh para ulama’ kelompok kedua itu . :smirk:
Kemudian , pada pertengahan tahun 90’an , saya telah ditaqdirkan Allah Ta’ala untuk melanjutkan pengajian di Mesir ini ( alhamdulillah ) dan setelah beberapa sampai saya sendiri telah berkesempatan ke Piramid di Giza dengan beberapa orang teman-teman sepengajian .
Di situ terdapat beberapa ekor unta yang memang dijadikan tunggangan dan disewa untuk tujuan itu oleh para pengunjung Piramid di Giza . Kebetulan di situlah saya telah berkesempatan melihat unta turun dan daripada situlah saya teringat kembali perbahasan ulama’ sekitar masalah itu .
Unta merupakan binatang berkaki empat . Kita anggap sahajalah kedua-dua kaki depannya seperti kedua-dua tangan kita ( sbg manusia ) dan kedua-dua kaki unta pula seperti kedua-dua kaki ini . Ini demi memudahkan kita memahami permasalahan ini .
Apakah yang saya lihat ? . Saya melihat unta tersebut turun ke bumi dengan cara melatakkan kedua-dua kaki hadapannya terlebih dahulu , Maknanya cara sujud yang dilarang kerana menyerupai unta ialah meletakkan kedua-dua tangan terlebih dahulu .
Memang saya terkejut kerana selama ini saya menyangka ( kerana tidak pernah berpeluang memerhatikan cara unta turun ke bumi bagaimana ) unta turun dengan kedua-dua kaki belakangnya terlebih dahulu . Rupa-rupanya yang sebenarnya ialah cara yang berlawanan pula . :ooo:
Bukan sekali saya perhatikan cara unta turun , kali kedua saya berkesempatan melihat unta turun ke bumi ketika ke Semenanjung Sinai ( sempadan Palestin ) pada tahun 1997 . Sah dan confirm ….memang unta turun dengan cara meletakkan kaki hadapannya terlebih dahulu . Bukan setakat cara unta turun , saya sendiri berpeluang juga melihat bagaimanakah unta bangun pula ( iaitu dengan cara mengangkat kaki belakang ) terlebih dahulu . :grin:
Semenjak itu ( semenjak peristiwa di Piramid lagi ) , saya rujuk semula kepada amalan lama saya iaitu meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian tangan apabila hendak turun sujud . :super
Menurut pandangan saya ( berdasarkan ilmu yang sedikit ini dan pengalaman tersebut ) cara yang paling sesuai dan paling tepat dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri ialah cara yang dipegang oleh majoriti ulama’ rh ( kelompok pertama ) dan itulah sebenarnya kaedah yang dituntut iaitu “ tidak boleh menyerupai cara unta turun dan bangun “ .
Bukan itu sahaja , malahan akal yang waras juga akan mengatakan bahawa cara yang cantik dilihat dan indah dipandang ialah meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian barulah kedua-dua tangan ke bumi apabila hendak sujud . Dan apabila hendak bangun ke rakaat berikutnya ialah dengan mengangkat kedua-dua lutut terlebih dahulu , bukannya sebaliknya .
Inilah cara yang indah dan cantik serta diterima pula oleh akal . Jangan pula saya dituduh sebagai pro-Muktazilah sebab menggunakan akal di dalam masalah ini walhal akal di sini saya gunakan sebagai hujah sokongan , bukannya sebagai hujah utama . Dan kalau akal tidak boleh dibuat hujah langsung , apa guna Allah Ta’ala memberikan kita rezeki boleh berfikir !? . :fuyoo
Itulah sekadar catatan tambahan saya , mudah-mudahan ia boleh membantu kita memahami masalah ini .
Selepas ini , saudara/I yang lebih mahu penjelasan lanjut dipersilakan ke ZOO NEGARA dan lihatlah sendiri ( kalau berpeluang ) bagaimanakah cara unta turun dan bangun . Dan mudah-mudahan ramai pula di kalangan saudara/I pelayar web al-Ahkam Online ini dapat diskaun untuk harga tiket Zoo Negara . ( Tapi ini perlukan satu agreement seperti MoU di antara pihak Zoo Negara dan al-Ahkam Online di bawah pimpinan al-Fadhil Ustaz Zain ys selaku tuan punya web ini :yess :ceewaah ) .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
22 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
23 / Mei / 2003 M
JUMAAT – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum