SJ-1711 : Rampai : Berserban, Ikut Sunnah, Pakaian Muslimah,

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1711 : Rampai : Berserban, Ikut Sunnah, Pakaian Muslimah,

1. a) Bersandarkan hadis Nabi SAW, memakai serban adalah sunnah. So, adakah memakai serban dengan tidak mengikut cara pemakaian serban nabi SAW dikira bida’ah sayyiah? Atau adakah ianya boleh disimpulkan bahawa memakai serban sahaja sudah dikira sunnah, tidak dituntut mengikut cara Nabi SAW mengikat serbannya. Sama seperti contoh yg Ustaz berikan pada malam itu bahawa bersugi itu sunat kerana kebersihan yang dituntut oleh Islam, bukan kayu ‘Arak’ – (sugi) itu. Bermakna berus gigi Zaitun pun boleh dianggap seagai alat sugi dan mendapat pahala.

b) Bagaimana pula dengan pemakaian yang lain seperti wangian, kopiah dan sebaginya, adakah pemakaian dari segi jenis & warna juga mesti mengikut apa yang dipakai oleh Nabi SAW.

c) bagaimana pula pandangan Ustaz mengenai pakaian wanita yg memakai kain yg bercorak-corak, berwarna-warni & dan berbunga-bunga walaupun nampak menutup aurat. Dan bagaimana pula dengan perfume yg mengandungi alcohol, adakah ianya dibenarkan?

2) Saya masih lagi tercari-cari matan hadith yang menyatakan bahawa “sebarang jenis alat muzik yg bertali dan berbentuk serunai adalah HARAM”. Adakah ianya hadis mauduq, dhaif, atau Shahih? Jika ianya bukan hadith Shahih, adakah hadith2 lain yg tidak membenarkan umat Islam mendengar muzik walaupun ianya tidak melalaikan seperti nasyid yg memuji Allah & Rasulnya.

3) Ulama’ UMNO, Astora Jabat ada menulis mengenai muzik dalam Islam menurut Dr Yusuf Al-Qaradawi di Mingguan Malaysia baru-baru ini. Antara kata-kata beliau ialah:
a) “Satu dalil lagi yang digunakan para ulama yang mengharamkan lagu dan muzik ialah hadis Rasulullah yang bermaksud: Setiap permainan yang dilakukan oleh seorang mukmin maka itu satu kebatilan, kecuali tiga permainan: Permainan suami dengan isterinya, pelatih terhadap kudanya, dan melemparkan anak panah daripada busurnya.”
Mereka berkata, lagu dan muzik tidak termasuk dalam tiga jenis permainan yang disebut dalam hadis berkenaan, maka ia dianggap haram

b) “Tetapi para ulama yang mengharuskan nyanyian, kata Dr. al-Qaradawi, menganggap bahawa hadis di atas adalah daif kerana tergolong daripada hadis muttarib. Malah mereka juga berkata, seandai sahih pun ia tidak menunjukkan pengharaman, tetapi menunjukkan tidak berguna”

c) Di antara dalil yang digunakan oleh mereka ialah beberapa hadis termasuk hadis tentang dua hamba wanita menyanyi di rumah Rasulullah di sisi Aisyah r.a. dan teguran Abu Bakar terhadap kedua-dua hamba wanita itu. Abu Bakar berkata: ``Seruling syaitan di rumah Nabi s.a.w.?''

Yang menjadi penekanan di sini adalah jawapan Rasulullah kepada Abu Bakar r.a. dan alasan yang dikemukakan ialah baginda ingin mengajarkan kepada kaum Yahudi bahawa di dalam agama kita itu ada kelapangan dan bahawa baginda diutus dengan membawa agama yang bersih dan mudah.

Ustaz boleh ke link ini untuk membaca tulisan penuh beliau berkenaan hal ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

- Soalan saya ialah bagaimanakah jenis muzik yg dibenarkan di dalam Islam atau Islam sama sekali mengharamkan muzik atas alasan apa sekalipun, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ustaz Shamsuri
Ahmad di dalam kuliahnya yg mengatakan terdapat dalil yg qoti’e iaitu hadis shahih Nabi SAW yg maksudnya berbunyi “sebarang jenis alat muzik yg bertali dan berbentuk serunai adalah HARAM”.

- Saya mempunyai sebuah gitar (berharga kira2 hampir RM 10000 yg dibeli di US ketika saya menuntut di sana (di zaman jahil saya dahulu). Soalan saya, apakah yang perlu saya lakukan dgn gitar itu jika ianya haram untuk dimainkan seperti yang Ustaz Shamsuri Ahmad katakan di dalam kuliahnya. Perlukah saya menjualnya kemudian mendermakan duitnya kepada fakir miskin, atau membuangnya, atau terus menyimpannya? I really want to get rid of it.

4) Kerap kali saya mendengar hadith2 yg dibaca oleh sesetangah Ustaz yg mana dihujungnya ada kalimah “au qa ma qaal”. Apakah maksud kalimah itu?
5) Adakah salah saya menerangkan sesuatu maksud hadith tanpa menyebut matan hadis yang serupa (exactly) seperti yang terdapat di dalam kitab2 hadith yg muktabar? Jika sekiranya terjemahan yg saya nyatakan kepada seseorang tidak sama seperti yang terdapat di dalam kitab hadith shahih, tetapi membawa maksud yg sama, adakah saya dikira berdosa dan berdusta di atas nama Nabi SAW, nauzubillahi min zalik?
6) Adakah berdosa seorang suami yang meminta wang dari isterinya untuk makan kerana wangnya sendiri yang diperuntukkan untuk tujuan itu tidak mencukupi dalam menampung kehidupan sekeluarga. Anggaplah soalan ini dalam keadaan isteri itu meredhai berkongsi sumber pendapatannya bersama suami yang juga mempunyai sumber pendapatan sendiri. Bagaimana pula jika si suami tersebut berhenti/diberhentikan kerja, sedangkan si isteri masih bekerja. Berdosakah si suami jika si isteri menanggung makan minumnya selama beliau tidak mempunyai sumber pendapatan?

Saya minta maaf sekiranya ada soalan saya yang salah atau tidak sepatutnya ditanya kerana kejahilan saya.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1711 : Rampai : Berserban, Ikut Sunnah, Pakaian Musli

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Sebelum dilanjutkan jawapan-jawapan, sukalah saya menyarankan dan menggalakkan saudara yang dihormati serta seluruh saudara/I sekalian yang dikasihi, apabila berniat untuk mengajukan persoalan kepada kami di al-ahkam ini, agar dapat kiranya diperhatikan terlebih dahulu perkara-perkara dibawah ini :

a- Sila Rujuk terlebih dahulu SOALAN yang hendak diajukan itu, kemungkinan ianya sudah pernah diajukan sebelum ini ( Rujukan boleh dibuat secara memasuki ARKIB SOALAN ataupun SEARCH ). Ini bertujuan agar tidak berulangnya soalan yang sama lagi serupa.

b- Disarankan kepada sidang pengunjung yang budiman, agar mengajukan soalan secara tersusun dan juga dengan selok-belok bahasa yang mudah difahami. Dan cuba elakkan sebaik mungkin soalan itu diajukan secara panjang-lebar.

c- Disarankan juga, agar TIDAK diajukan soalan-soalan secara SEKALIGUS @ BERBAGAI-BAGAI SOALAN ( RAMPAI ) DI DALAM SATU RUANG @ HALAMAN @ THREAD – Contohnya : Jika soalan itu ialah soalan mengenai solat jamak dan masalah zakat, maka SEBAIK-BAIKNYA ianya diajukan di dalam 2 Ruang @ Halaman yang berasingan iaitu Satu kiriman ( halaman ) untuk Soalan mengenai solat jamak dan satu kiriman @ ruang yang lain pula untuk masalah zakat.

d- Andainya ketiga-tiga saranan tersebut tidak dipenuhi, pihak kami TETAP JUGA akan menjawab soalan-soalan tersebut kerana memang menjadi kewajipan setiap muslim agar memenuhi hajat saudara-saudaranya sedaya yang mungkin.

Ini bertujuan untuk memudahkan RUJUKAN & PENCARIAN bagi para moderators sendiri dan netters.

***********************

JAWAPAN PERTAMA :

1a & b – MASALAH BERSERBAN : ADAKAH IANYA SUNNAH ? :

Sebelum dilanjutkan masalah ini, perlulah kita semua fahami terlebih dahulu , apakah yang dimaksudkan dengan “ SUNNAH “ itu ?.

Para Ulama’ samada Ulama’ Fiqh ataupun Hadis mempunyai definasi (takrif) yang berbagai mengenainya, yang terbaik menurut pendapat kami ialah :

“ SUNNAH ITU IALAH APA-APA SAHAJA YANG BERSUMBER / BERASAL DARIPADA SAIDINA RASULULLAH S.A.W , SAMADA IANYA BERBENTUK SABDANYA, PERBUATAN, PERAKUANNYA, DAN JUGA SIFAT-SIFAT SEMULAJADINYA (FITRAHNYA) SERTA SIFAT-SIFATNYA ( AKHLAKNYA ) “.

Oleh kerana berserban itu tergolong di dalam cara-cara perbuatan Baginda s.a.w, maka ianya dinamakan sebagai SUNNAH juga. Walaupun begitu, SEGALA PERBUATAN SAIDINA RASULULLAH S.A.W hendaklah ditinjau drp sudut-sudut berikut :

(01) Sudut Qurbah ( Ibadat ) – Seperti solat, puasa , zakat dan lain-lain amal yang berkaitan dengan keakhiratan .

Setiap perkara Qurbah ini WAJIB DITURUTI kecuali apabila terdapatnya dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perbuatan qurbah @ ibadah itu adalah sunat hukumnya , seperti berpuasa 10 Muharram ( ‘Asyuraa’ ) .

Ataupun ianya menjadi satu ibadah khusus untuk Baginda s.a.w sahaja seperti Puasa “ Wisol “ ( bersambung siang-malam) dan kewajipan solat malam ( tahajjud dan witr), kewajipan solat dhuha dan juga berkahwin melebihi 4 orang wanita.

(02) Sudut Taat ( Ikutan ) – Seperti urusan pernikahan, perniagaan, perhubungan dan setiap perkara duniawi ( urusan kehidupan di dunia ini ) – Hukum asal bagi sudut ini ialah WAJIB DITURUTI.

Kewajipan yang menjadi hukum asal itu BOLEH BERUBAH HUKUMNYA kepada sunnat apabila ada dalil yang boleh mengubah ketetapan asalnya – contohnya perbuatan mencium Hajar Al-Aswad di sisi Kaabah ( Ada juga para ulama’ meletakkan contoh ini di bahagian Qurbah ).

Kewajipan yang menjadi hukum asal itu juga boleh bertukar menjadi HARUS sekiranya ada dalil yang kuat yang boleh mengubah hukum asal itu menjadi harus ( mubah ) – seperti cara baginda s.a.w bertani, cara baginda s.a.w mengubati pesakit dengan beberapa ubat-ubat tradisional di masa itu dan cara baginda s.a.w mengatur strategi peperangan.

(03) Sudut Jibilliyah ( Tabiat Semulajadi / Adat Kebiasaan Baginda s.a.w ) – Seperti cara makan dan minumnya Baginda Rasulullah s.a.w, cara tidur, membuang air dan cara baginda s.a.w berpakaian serta kelakuan baginda s.a.w yang memang ianya juga menjadi kebiasaan ( tabiat ) manusia selainnya secara fitrah.

Hukum asal perbuatan-perbuatan Baginda s.a.w yang berbentuk Jibilliyah ini TIDAK WAJIB diikuti kerana ianya adalah bersumberkan sifat dan tabiat kemanusiaan yang ada pada Rasulullah s.a.w, dan juga sifat dan tabiat itu juga ada pada manusia lain – seperti tabiat hendak membuang air - itu bukannya merupakan sifat risalah (kenabian) Baginda s.a.w dan bukannya juga di bawah kategori TAKLIF ( Bebanan Syariah ) yang dibebankan (diwajibkan) , kerana taklif itu sendiri adalah satu arahan yang boleh jadi saja manusia terdaya untuk melakukan dan boleh jadi saja manusia terdaya meninggalkannya, sedangkan perbuatan Baginda s.a.w membuang air itu adalah satu tabiat dan fitrah sebagai seorang manusia, bukannya satu taklif.

Kalau dituruti juga perbuatan Baginda s.a.w di dalam kategori ini, maka hukumnya adalah HARUS / MUBAH ( mengikut pendapat majority ahli Fiqh ) dan sebahagian ahli Fiqh lagi berpendapat ianya adalah SUNAT dituruti.

Saidina Abdullah Bin ‘Umar Al-Khattab (r.a) adalah seorang sahabat (r.a) yang cuba ( mengikut kemampuannya ) meniru 100 % setiap perbuatan dan tabiat Saidina Rasulullah s.a.w.

Maka daripada penerangan lalu, dapatlah disimpulkan bahawa berserban adalah sunnah dan orang yang tidak memakainya ataupun tidak meniru cara Baginda Rasulullah s.a.w berserban secara meniru 100 % ( totok ) tidaklah dapat digelar telah melakukan “ Bid’ah Saiyiah “ ( Bid’ah yang tercela di dalam Islam ).

Bersugi pula adalah sunat hukumnya sebagaimana hadis yang ada diriwayatkan oleh Al-Aimmah Al-Kibar seperti Al-Bukhari (rh) , Muslim (rh) dan Malik (rh) perbuatan bersugi itu adalah sunnah yang sunat hukumnya. Maknanya : Bersugi dengan apa jenis alat sugi pun dan apa jenis ubat sugi ( ubat gigi ) adalah sunnah.

Dan orang yang cuba meniru 100 % cara Rasulullah s.a.w berpakaian dan bersugi – hingga menggunakan kayu sugi – berkopiah, menggunakan minyak wangi dan sebagainya - ianya tetap mendapat pahala SUNAT , kerana perasaan cinta kepada Baginda s.a.w sudah membuahkan pahala , apatalah lagi andainya dicuba mengikuti cara dan tatacara hidup dan kelakuan baginda s.a.w !!!.

Walaupun begitu, kita mengharapkan agar semua muslimin faham akan pembahagian di atas dengan sebaik-baiknya , dan tidak pula menggadaikan pahala sunat itu dengan mencela orang-orang muslimin yang tidak mahu mengamalkan sunnah yang sunat itu, kerana telah maklum mencela sesama muslimin adalah HARAM !!!.

***********************

1c – Masalah pakaian wanita Islam (muslimat ) yang berwarna-warni & menggunakan minyak wangi beralkohol :

Persoalan ini sudah banyak kali disentuh oleh Al-Fadhil Pakar Rujuk Fiqh kita di al-ahkam ini, Ustaz THTL, harap dapat saudara rujuk di ARKIB SOALAN – SEARCH .

Ringkasnya di dalam masalah pakaian wanita Islam ini : PAKAILAH APA SAHAJA BENTUK TUDUNGNYA, BAJUNYA , KAINNYA, JUBAHNYA DAN SEUMPAMANYA ASALKAN IANYA MENEPATI KRITERIA-KRIETRIA YANG TELAH ISLAM TELAH TETAPKAN IAITU TIDAK MENAMPAKKAN SUSUK TUBUH ( Contohnya nampak lekuk-lekuk bahagian-bahagian tubuh wanita yang mudah merangsang syahwat kaum lelaki secara kebiasaannya ) , kerana itu digelar sebagai FITNAH ( Fitnah di dalam Bahasa Arab lebih luas pengertiannya, bukan sebagaimana yang difahami di dalam Bahasa Melayu yang menyempitkan pengertiannya !!! ).

Tidak semestinya seseorang wanita Islam itu bertudung bulat dan berjubah ala- Arab. Yang mesti ialah sbg mana yang telah disebut di atas . Tidakkah saudara/I perhatikan sendiri , betapa masih ramai yang tetap bertudung bulat, tetapi ekor tudung bulatnya tidak menutup bahagian belakang ( punggung ) seseoranf wanita !, hinggakan apabila dia berjalan, masih kelihatan punggungnya yang bergerak-gerak !!??.

Bukankah berjubah ala- Arab sudah menjadi trend sekarang !, tetapi perhatikan baik-baik, kadang-kadang disebabkan warna jubah ( jubah satu warna ) itu ianya lebih mudah menampakkan susuk anggota seseorang wanita itu berbanding dengan memakai baju kurung yang mempunyai berbagai warna ( terutama yang berwarna suram yang mampu melindungi lekuk-lekuk tubuh badan wanita ) !!??.

Masalah minyak wangi beralkohol pula : Ianya harus digunakan kerana alkohol yang digunakan di alam campuran sesuatu minyak wangi bukanlah alkohol yang bermaksud arak / todi tetapi ianya hanyalah sejenis cecair kimia yang lebih-kurang raksa dan merkuri.

Sila kembangkan pengetahuan anda dengan merujuk jawapan-jawapan mengenai masalah ini di Soal – Jawab ( SJ ) 568 / 632 / 659 & 681 yang dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz THTL.

SILA RUJUK :

http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab70.htm
http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab158.htm
http://al-ahkam.com.my/soaljawab/sj559-578.shtml
http://al-ahkam.com.my/soaljawab/sj677-684.shtml

***********************

2 – Masalah Hukum Muzik / Nyanyian / Alat- Alat Muzik menurut Islam :

Perkara ini juga sudah kerap dibahaskan oleh Al-Fadhil Ustaz THTL kita dengan begitu baik, sila rujuk SJ 550 http://al-ahkam.com.my/soaljawab/sj541-558.shtml

***********************

3- Masalah Hukum Muzik / Nyanyian / Alat- Alat Muzik menurut ‘Allamah Al-Qaradhawie :

Untuk memuaskan hati anda sila ke url berikut :

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/index.html

ataupun terus ke :

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Nanyian1.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Nanyian2.html

Setelah saudara memerhatikan sendiri dengan baik jawapan-jawapannya berdasarkan url di atas , maka saudara sendiri boleh memberikan jawapan yang memuaskan kepada diri sendiri, iaitu apakah yang patut saudara lakukan terhadap gitar yang begitu mahal harganya ?. Nasihat saya : Janganlah dibuang ataupun diranapkan gitar itu !.

***********************

3 – TAMBAHAN : ASTORA JABAT & ‘ALLAMAH AL-QARADHAWIE :

Kebelakangan ini Astora Jabat kerap mengendalikan ruangan Fatwa Al-Azhar di dalam Utusan Malaysia dan kerap-kali juga dia menyebut-nyebut nama dan pendapat ‘Allamah Al-Qardhawie.

Benarkah Astora Jabat ini begitu ikhlas dan menyanjung keperibadian dan keilmuan yang dimiliki oleh ‘Allamah Al-Qardhawie ini ?.

Jawapannya saudara boleh temui di dalam Mingguan Malaysia tahun 1998 ( Maaf ! Keratan Asal akhbar tersebut sudah hilang drp simpanan saya ). Ketika isu pemecatan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedatangan ‘Allamah Al-Qaradhawie ke Malaysia ketika itu, Astora Jabat ini pernah menulis : AL-QARADHAWIE ADALAH KEPALA PENGGANAS , dituduh juga beliau sebagai seorang ekstrimis agama yang mengepalai Gerakan Ikhwan Muslimin !!!.

Astora Jabat hanyalah seorang Pragmatis ( Sekularis berfahaman serba boleh ) yang menyembah pembesarnya dan pendokong fahaman Pragmatisme yang bersifat “ lalang “ isme. Tatkala muslimin Malaysia mahukan penerapan nilai-nilai Islam, Astora pun akan “ berkokok “ membicarakan bab itu . Tatkala muslimin Malaysia mulai suka dan kagum akan ketokohan Al-‘Allamah Al-Qaradhawie, Astora pun mulalah menulis yang baik-baik mengenai Al-‘Allamah Al-Qaradhawie ini. Tatkala tanah air gempar dengan “ isu keganasan secara militan “ , Astora pun turut sama mengaitkan Al-‘Allamah Al-Qaradhawie dan ulama’ selainnya dengan militan. Dan tidak hairan, kalau satu hari Malaysia diperintah oleh Golongan Komunis ( wal’iyadzu billahi min dzalik ), Astora pun akan membicarakan kebaikan komunis dan dikaitkan dengan Islam !!!.

***********************

4- AU KAMA QAL : Ãæ ßãÇ ÞÇá

Ianya adalah satu perkataan yang bermaksud : “ ATAUPUN SEBAGAIMANA YANG DIKATAKANNYA “ . Apabila seseorang Islam lupa atau tidak pasti akan matan @ teks asal @ pengertian asal bagi sesebuah hadis , maka drp segi adabnya, hendaklah dia menyebut “ Au Kama Qal “ : Iaitu membawa maksud yang mudah difahami : “ APA YANG SAYA BACAKAN TADI ADALAH HADIS NABI S.A.W ATAUPUN LEBIH-KURANG SERUPALAH DENGAN HADIS ASAL YANG DISABDAKAN OLEH BAGINDA RASULULLAH S.A.W “ .

***********************

5- MASALAH TIDAK PASTI ATAU TIDAK INGAT AKAN HADIS NABI S.A.W :

Ulama’ Hadis banyak sekali membicarakan akan hal ini . Kesimpulannya : Untuk mengelakkan kita SENGAJA berdusta di atas nama Baginda Nabi s.a.w , maka disarankan sebagaimana berikut :

01- Kalau tidak pasti samada ianya benar-benar hadis sahih yang diterima di dalam disiplin ilmu hadis ataupun hadis yang ditolak, maka kita sebutlah : “ TERDAPAT RIWAYAT “ , bukannya menyebut : “ ADA TERSEBUT DALAM HADIS NABI S.A.W “ !!!.

02- Jika terlupa matan / teks asal di dalam bahasa Arab - ianya tidak berdosa – tetapi belajarlah beradab dengan menyebut apa-apa sahaja perkataan yang membawa pengertian bahawa apa yg cuba kita sampaikan itu bukannya serupa 100 % ( sebiji – exactly ) dengan sabda Junjungan besar kita , Rasulullah s.a.w – Contohnya : Menyebut “ Au Kama Qal “ ataupun “ Fi Ma Ma’anahu “ ( Menurut Pengertian ).

03- Kalau kita terlupa terjemahan asal bagi sesebuah hadis itu secara total , maka saudara boleh memberikan terjemahan lain , dengan syarat ianya tidak mengubah maksud dan isi kandungan sabda Rasulullah s.a.w itu !!!.

***********************

6 – MASALAH SUAMI YANG HIDUP DI ATAS TANGGUNGAN ISTERINYA :

Asal-Usul Hukum ialah : Si Suami WAJIB memberikan nafkahnya , zahir dan batin, kepada isterinya. Maka kalau si isteri juga berkerja ( dan inilah trend zaman sekarang, suami dan isteri sama-sama keluar rumah mencari rezeki untuk menjamin keutuhan sesebuah rumah-tangga ) maka kewajipan si suami itu masih tetap ada dan tidak gugur.

Sebagaimana suami, dan ibu-bapa bapa si isteri boleh membelanjakan MAHAR (MAS KAHWIN ) dengan syarat redhanya si isteri itu, maka di dalam hal ini, tidaklah menjadi satu kesalahan andainya si suami meminta juga daripada si isteri membantu menyempurnakan keperluan hidup mereka sekeluarga dan si isteri juga redha berbuat demikian , kerana si isteri juga sedar akan kewajipan membantu suaminya ketika susah.

Dan andainya si suami diberhentikan kerja ataupun masih belum mendapat kerja yang boleh menampung kehidupan mereka sekeluarga, maka bolehlah si isteri membantunya sepanjang tempoh tersebut, tetapi SANGATLAH DAYUS andainya si suami sengaja “ goyang kaki “ dan sengaja “ tidak mahu berkerja “ ( dengan alasan tiada kerja yang sesuai ) walhal isterinya bercucuran keringat berkerja di siang hari dan apabila pulang, si isterinya juga berkerja di rumahnya sendiri !!! ( Inilah penting mencari pasangan hidup yang soleh dan berpengetahuan agama ) .

Ingatlah wahai para suami ! Anda akan dipersoalkan dengan begitu teliti di hadapan Allah Ta’ala kelak di Padang Mahsyar, apakah alasan dan dalih yang akan anda berikan kepada Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahui segala yang tersurat dan yang tersurat !!??. Ayuh ! Lekaslah mencari perkerjaan dan bersabarlah dalam kerja ( bukannya bersabar tidak berkerja ! ) , kerana berkerja itu sendiri adalah IBADAH !!!.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

01 – USUL FIQH ISLAMI – Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaily – ms 478 , Jilid 1.

02- ILMU USUL FIQH – ‘Allamah Abd Wahab Khalaf – ms 43 .

03- AL-WADIH FI USUL FIQH – Dr. Muhd Sulaiman Al-Ashqar – Darus Salam ( ms 100 ).

04-USUL FIQH – Almarhum Ustaz Abd. Qadir Hassan – ms 86 – Pustaka Aman Press, Kelantan.

05- BUKU-BUKU KURSUS PERKAHWINAN.

06- LAMAN-LAMAN WEB INTERNET .

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

2 / Jumadi Tsani / 1423 Hijriyah
11 / Ogos / 2002 Masihi
Bandaraya Kaherah