SJ – 2594 : JARAK MASA DI ANTARA NABI ADAM A.S DENGAN BAGIND

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2594 : JARAK MASA DI ANTARA NABI ADAM A.S DENGAN BAGIND

:salam

Dari Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a.w. berapakah tempoh masa (berapa ribu tahun) yang di ambil?

Sekian. Wassalam.

Re: SJ – 2194 : JARAK MASA DI ANTARA NABI ADAM A.S DENGAN BA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2194 : JARAK MASA DI ANTARA NABI ADAM A.S DENGAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara mlar . Lama sungguh saudara tidak mengunjungi kami di sini , lantaran itu ada baiknya kami ucapkan : “ Selamat Bertemu Kembali di al-Ahkam. Online “ . :blowingup

Pengetahuan mengenai jarak masa di antara Baginda Nabi Adam a.s dengan Baginda Rasulullah s.a.w sebenarnya bukanlah satu perkara fardhu ‘ain , malahan tidaklah menjadi apa-apa kesalahan jika seseorang Islam tidak mengetahui mengenainya . Bukankah lebih baik ditumpukan permasalahan kepada topik-topik yang lebih perlu diberikan keutamaan ( priority ) ? .

Namun sekadar berkongsi maklumat , maka berikut ini adalah jawapannya :

Para ulama’ rh , khasnya mereka yang mendalami Ilmu Sejarah dan Ilmu Sirah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidak bersepakat di dalam masalah berapakah jarak masa di antara Baginda Rasulullah s.a.w dengan Bapa segala manusia ; Baginda Nabi Adam a.s . Akan tetapi yang paling benar ataupun yang paling hampir dengan kebenaran ialah : Paling kurang jarak masa di antara kedua-duanya a.s adalah 5000 tahun dan paling tinggi ialah 6000 tahun . Dan pendapat ini disandarakan kepada Saidina Ibnu ‘Abbas r.a .

Hanya Allah Ta’ala sahajalah mengetahui mengenai segala perkara dan lebih-lebih lagi di dalam perkara yang tidak diperincikan di dalam al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih .

Sumber : Jawapan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi
( M.A Ilmu Hadist ~ al-Azhar asy-Syarif )

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
06 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
06 / Jun / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum