SJ-12-0043 nikah seorang penzina

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0043 nikah seorang penzina

aslm wbt..check bank soklan ana tgk soklan kwn ana di dah terperam lama tanpa dijwb..maka ana pastekan skali lg ...
---------------------------------------------------------------------------------
mujahidahlaz wrote:
assalamualaikum..
saya ada kemusykilan di sini walaupun ia tidak melibatkan saya.
seorang penzina tidak boleh berkahwin dengan orang lain selain orang yang dizinanya.ok, adalah hamba Allah yang melakukan perbuatan terkutuk tu.kemudian dia telah insaf dan ingin bertaubat. tapi jika orang yang dizinanya itu non-muslim, wajibkah dia mengahwininya?
soalan ke dua, jika seorang wanita mengahwini seorang lelaki, dan kemudian lelaki itu murtad(auzubillah), adakah sah lagi perkahwinan itu?
sekian sahaja dari saya. saya harap kemusykilan saya ini dapat dijawab atau ada kenyataan saya yang salah harap diperbetulkan.
terima kasaih.
assalamualaikum

Re: nikah seorang penzina

:salam

Quote:
saya ada kemusykilan di sini walaupun ia tidak melibatkan saya.
seorang penzina tidak boleh berkahwin dengan orang lain selain orang yang dizinanya.ok, adalah hamba Allah yang melakukan perbuatan terkutuk tu.kemudian dia telah insaf dan ingin bertaubat. tapi jika orang yang dizinanya itu non-muslim, wajibkah dia mengahwininya?

Statement enta "seorang penzina tidak boleh berkahwin dengan orang lain selain orang yang dizinanya" mungkin agak kurang tepat. Sila ke URL berikut utk memahami ayat al-Qur'an yg berkaitan. Lihat penjelasan ust Zayed:
SJ - 2821 : Masih adakah yang terbaik untuk saya?

Yg terbaik, adalah mereka berkahwin. Tetapi jika mereka tidak menepati syarat perkahwinan spt bukan Islam, maka tidak boleh dinikahi lelaki/perempuan tersebut sehingga dia memeluk agama Islam. Sekiranya dia enggan, maka haram baginya menikahi lelaki/perempuan tersebut.

Quote:
soalan ke dua, jika seorang wanita mengahwini seorang lelaki, dan kemudian lelaki itu murtad(auzubillah), adakah sah lagi perkahwinan itu?

Perkahwinan itu terfasakh(terbatal). Hendaklah dipisahkan antara keduanya.(Nota Kuliah Pengajian Syariah UM, 400 Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Haji Ibrahim).

Sekian. WA.

:wassalam