SJ-07-0010 : Mati Serentak...Camana Kira???

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0010 : Mati Serentak...Camana Kira???

:salam

Moga kita dirahmati Allah,

Nak tanya kalo 2 org ahli kuarga mati serentak...tak kira ler xcdent ker atau sbgainya...camana nak bg harta pesaka diorang kepada ahli waris mereka yg ramai???

Ke kena buat bedah siasat gak utk tau sapa mati dulu??

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0010 : Mati Serentak...Camana Kira???

Assalamualaikum,

Jika mati tenggelam,kebakaran,kapalterbang meletup atau sebagainya dan tak dapat dipastikan ketainaya itu dikira kematian serentak atau bersama.Dua pandangan fuqaha` mengenainya.

1.Orang yang mati bersama boleh mewarisi antara satu sama lain.Ini pandangan Mazhab Hambali/Jaafari juga pandangan S.Omar/Ali,Syuraikh,Syakbi dll.

Dalil-Ketika bencana taun di Syam ramai yg mati begitu mereka disana diarahkan oleh S.Omar supaya membehagikan harta hendaklah diambil kira waris yg mati itu.

2.mereka yang mati bersama tidak saling mewarisi,bahkan harta itu hanya dibahagikan antara peninggalan yang mati kepada waris yg masih hidup.Maknanya harta simati yang meninggal bersama dibahagikan kepada waris yng masih hidup tanpa ambil kira bahagian yang sepatutnya diterima oleh ahli waris yg telah mati tadi.Ini pandangan Jumhur:

Dalil..S.Abu Bakar pernah memerintahkan cara pembahagaian harta pesaka Ahli al-Yamamah dibahagikan secara pesaka antara yg mati dan yg hidup tanpa ambil kira ahli waris yg mati bersama.

cara pembahagian : A bapa meninggal bersama dengan B(anak lelaki)..yang tinggal.(hidup) C isteri dan D anak perempuan.

Maka bahagikan harta A dulu kepada C(isteri) dan D (AP) tanpa ambil kira bahagian B(AL) yang meninggal bersama tadi.

Kemudian bagi harta B bahgaikan terus pada C (ibu)dan D(sdr perempuan) seterusnya pada l waris yg berhak tanpa ambil kira bahagian A(bapa) yang telah meninggal bersama.

Jika kematian dapat disahkan mana yg terdahulu dan kemudian dengan kaedah perubatan yang ada,maka pemberian nya hendaklah dilakukan secara berturutan dari kematian pertama kepada warisnya yang tinggal termasulah waris yang disahkan mati terkemudian darinya dan begitulah seterusnya.WA

Lihat al-Mughni juk 6 307.
nihayah al-Muhtaj juk 6 27
al-mufassal juk 11 398