SJ-13-0163 : Hadith Muallaq-minta penjelasan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0163 : Hadith Muallaq-minta penjelasan

Assalamualaikum...

Ust, ana ada kepeningan memahami hadis muallaq. Seperti yg ana baca dlm SJ lalu yang soalan pasal gitar, ust THTL ada sbt hadis muallaq bukhari. Apa yg ana faham,hadis muallaq nie hadis yg di riwayat tanpa sanad dan dalam sahih bukhari ia bermaksud sbg tajuk pada bab. tp dlm SJ tue ust sebut yg tue sbg hadis dlm sahih bukhari...kalau xleh dijadikan hujah kenapa imam bukhari masukkan dalam sahihnya..minta maaf kalau soalan memeningkan :mrgreen: ..jazakallah khair

SJ-13-0163 : Hadith Muallaq-minta penjelasan

:wassalam

Terimakasih di atas perhatian saudara. Mungkin saudara tidak biasa dgn sahih alBukhari, bahawa walapun ia hadith sahih semuanya, tapi terdapat 1300 hadith mu'allaq di dalamnya. Di sisi alBukhari walaupun mu'allaq, beliau tetap mengatakan hadith2 itu sahih. ahli2 hadith kemudianlah yang mentahqiq, mentakhrij hadith2 mu'allaq tersebut antaranya alHafidz Ibn Hajar untuk menentukan tahap kesahihannya yg sebenar. maka hadith almu'adzif (alat muzik bertali) ini termasuk dalam salah satu 1300 hadith Mu'allaq dalam sahih alBukhari. Hadith ini tetap dinilai sahih oleh Ibn Hajar dan boleh dijadikan hujah, cuma Ibn Hazm dan alQardhawi yg tetap menolaknya kerana perawinya Hisham bin Amar, ahli Syam yang dikatakan bermasalah walaupun ia perawi alBukhari. isu ni amat teknikal dan sukar difahami kepada mereka yg tidak belajar ilmu hadith.

sekian