SJ-13-0205 : Hukum Belajar Ilmu Riba.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0205 : Hukum Belajar Ilmu Riba.

Assalamualaikum..saya merupakan seorang pelajar universiti.Saya terpaksa mengambil satu subjek utk membolehkan saya mendapat ijazah.subjeknya ialah 'interest theory'.Jd, apa yang saya belajar hampir kesemuanya ialah pasal riba dan tahun dpn saya akan mengambil satu 'professional test' khas utk bab riba ni.Saya tak blh elak sbb exam ni mmg utk kareer saya.Jd, nak tanya panel tentang hukum sy bergelumang dengan ilmu mcm ni..Adakah saya dikira bersubahat dan seakan2 besetuju dengan sistem riba ni?

SJ-13-0205 : Hukum Belajar Ilmu Riba.

:wassalam

al-Jawab:

Sebelum ini kita sudah siarkan pertanyaan yang diajukan kepada Prof Dr Yusof al-Qardhawi dari pelajar jurusan perbankan konvensional, apakah selepas tamat pengajian mereka, mereka boleh bekerja di institusi perbankan konvensional yang ujud di negara-negara umat Islam. soaljawab antara dr Qardhawi dgn pelajar IPT ini ada dalam koleksi Fatawa Mu'asirat beliau, jilid 2. Dr al-Qardhawi jawab boleh.

Kita lihat Dr al-Qardhawi dalam jawapannya tidak pun menyuruh pelajar-pelajar itu berhenti beramai-ramai dari fakulti perbankan tersebut dan seterusnya melarang pelajar2 Islam ke luar negara dan belajar dalam semua bidang yang ditawarkan di Barat. Ini menunjukkan dalam keadaan sekarang, apa jua jurusan keilmuan yang anda ceburi sekarang baik bidang perbankan, insuran, saikologi, psaikitri,
bidang penyiaran, jurnalism (kewartawanan), law atau undang-undang ( di Lincoln Inn atau sains politik di Oxford UK) dan di universiti-universiti baik di Barat, Eropah dan jepang, maka teruskannlah...kekadang anda berada dalam bidang tersebut kerana ia sudah dipilih oleh kerajaan, diberi biasiswa dan dihantar ke universiti pilihan di seberang laut.

Saya sendiri, mendapat biasiswa sebagai pemegang biasiswa Tenaga pensyarah Muda JPA di hantar ke USA dalam bidang Pengurusan Barat, mempelajari teori2 pengurusan Barat spt Maslow, Peter Drucker, Mclelland, Vroom, Hofstede, Jack Welch, dsbnya. Kekadang saya dapati, pendedahan ilmu2 di sana menjadikan kita lebih tajam dalam memahami agama kita.

Tamaddun dunia hari ini adalah berasaskan tamaddun Barat, maka setakat belajar tidaklah menjadi masalah atau menjadikan kita pengamal riba dan pengamal sekuler asalkan asas-asas kefahaman Islam kita kuat dan mantap. sekian