Assalamualaikum,
Ini adalah lanjutan soalan tentang perihal solat jamak dan qasar. Saya difahamkan bhw. kita boleh menjamak dan mengqasarkan solat apabila tiba dan menetap ditempat musafir lebih dari 3hari/2 malam (tidak terikat kepada berapa hari bermusafir) selama mana kita tak ada niat untuk bermastautin. Ini adalah pandangan Syeikh Ibnu Tammiyah berdasarkan dalil sahih. (Sila perbetulkan perkara ini jika saya silap)
Soalan saya,
1)Bolehkah saya menjama'kan solat pada waktu takhir (misalnya, solat Asar pada waktu Asar, dan solat Zuhur pada waktu Asar) dan mengqasarnya (2 rakaat, 2 rakaat )sekaligus, setelah tiba dan menetap di tempat musafir?
2)Atau saya hanya boleh menjama'kan solat pada waktu takdim sahaja dan mengqasarnya sekaligus?
W'salam...
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Hadith yang biasa dirujuk berkenaan dengan menjama' solat ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra. bahawa :
Seseorang yang bermusafir mempunyai dua pilihan didalam melakukan solatnya :-
a. Dia boleh menjama' dan mengqasarkan solatnya, samada jama' taqdim atau jama' Ta'khir.
b. Dia boleh tidak menjama'kan solatnya, akan tetapi menunaikan setiap solat pada waktunya secara qasar (memendikkan solat bagi solat yang mempunyai 4 rakaat)
Pandangan (b) dipilih jika seseorang itu tidak menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat pada waktunya. Malah Nabi :saw tidak sentiasa menjama'kan solatnya pada setiap permusafiran, malah dia menjama'kan kadang-kadang dan kadang kala tidak menjama'kannya. Ada dikalangan ulama' yang tidak membenarkan menjama' solat didalam permusafiran kecuali jika seseorang itu masih didalam perjalanan. Akan tetapi jika dia telah berhenti atau sampai ketempat yang dituju, dia tidak dibenarkan menjama'kan solat.
Walau bagaimanapun, pandangan ini bukanlah mutlak, dimana seseorang musafir itu dibenarkan menjama'kan solat semada dia bergerak ataupun telah turun dari perjalanannya. Sebagaimana Imam Ahmad rh dan Abu Daud telah meriwayatkan bahawa Nabi :saw semasa peperangan Tabuk telah menjama'kan solatnya semasa baginda berhenti dari perjalanannya.
Syeikh Ibn Utsaimin rh didalam mengulaskan hadith yang membenarkan menjama' solat ketika turun dari perjalanan, menjelaskan bahawa hukumnya adalah dibenarkan; HARUS, oleh kerana terdapatnya KEPERLUAN menjama;kan solat. Kerana Nabi :saw juga tidak menjama'kan solat ketika menunaikan Haji apabila berhenti di Mina.
Ibn Utsaimin rh berpendapat bahawa berdasarkan ini, maka seseorang musafir yang telah berhenti (seperti sampai ditempat yang dia tuju) agar tidak menjama'kan solat. Memadai melakukan solat pada waktunya secara qasar (Zohor dilakukan pada waktu zohor dengan 2 rakaat). Akan tetapi, jika dia masih lagi menghadapi kesukaran semasa perhentian tersebut, seperti sukar mendapatkan air, atau kepenatan dan keletihan dsb, maka bolehlah dia menjama'kan solatnya.
Didalam permasalahan diatas, anda juga mempunyai dua pilihan; samada menjama'kan solat, samada secara taqdim atau ta'khir, atau menqasarkan sahaja solat tanpa menjama'kannya.
Sebagai penutup, kami petikkan sebuah fatwa dari Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
Sekian, wassalam
خيرالأمين