:salam
Saya ingin menanyakan bagaimana kita hendak jwb sekiranya seseorg yg non-muslim menanyakan apa kah bukti yg Allah itu wujud dan apa bukti2 kekuasaanNya... sbb mereka tidak tahu isi kandungan Al-Quran.. dan sbb itu mgkn soalan yg pertama yg akan ditanyakan oleh org bkn islam kepada org islam, sekiranya diorg ingin lebih tahu mengenai islam.. harap panel al-ahkam dpt memberikan jwpan yg bgs utk persoalan ini.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Topik ini bagus dibicarakan oleh mereka yang pakar didalam dakwah kepada non-muslim, 'Ala kulli hal, kami akan cuba memaparkan beberapa pendekatan yang boleh anda jadikan pointers untuk berbincang dengan Non-Muslim.
1. Salah satu pendekatan yang boleh diketengahkan adalah dengan melihat kejadian alam, iatu melihat ciptaan yang Maha Agung disana mungkin akan timbul perasaan akan wujudnya satu kuasa yang tiada tandingannya. Mereka akan lihat tanda-tanda wujudnya Allah didalam kejadian universe, bumi, lautan dan penghidupannya, dan juga didalam diri manusian itu sendiri. Disana dia dapat lihat, kejadian ini semuanya bukan berlaku dengan segaja atau semulajadi.
Pendekatan/Approach ini boleh dilihat didalam buku-buku karangan Harun Yahya. Anda boleh menghadiahkan buku tersebut untuk dibaca oleh Non-Muslim tersebut. Diantara laman web adalah :-
Allah exists
http://www.allahexists.com/
Perlihatkan juga konsep melihat kepada kejadian-kajadian ini sendiri dianjurkan dialam al-Quran, sebagamana firmannya :
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ
"Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." [surah al-Rum : 8]
2. Perlihatkan kepada dia mengenai keajaiban al-Quran dan perkaitannya dengan sains. Cuba timbulkan persoalan, bagaimana al-Quran yang diturunkan pada 1400 tahun yang lalu dapat menjelaskan fakta-fakta sains, seperti kejadian embriyo, api yang terbakar didasar lautan, fenomena gempa bumi, putaran matahari dan planet-planet, finger print biometric, dsb. Tidak mungkin manusia boleh mencipta al-Quran. Ini pasti ciptaan Tuhan!
Perlihatkan juga kepada non-Muslim tentang beberapa orang saintis yang melihat betapa hebatnya ayat-ayat al-Quran dan memeluk agama Islam. Tautannya boleh lihat diblog ini :
Mengenali kebenaran Islam melalui Sains – Bahagian 1
http://kaminms.blogspot.com/2010/11/mengenali-kebenaran-islam-melalui-sains.html
Mengenali kebenaran Islam melalui Sains – Bahagian 2
http://kaminms.blogspot.com/2010/11/blog-post.html
Mengenali kebenaran Islam melalui Sains – Bahagian 3 (akhir)
http://kaminms.blogspot.com/2010/11/mengenali-kebenaran-islam-melalui-sains_18.html
3. Perkenalkannya kepada buku-buku yang ditulis oleh yang satu ketika dahulu non-Muslim, akan tetapi mereka hebat semasa didalam Islam. Diantara buku-buku mereka yang boleh kita sarankan adalah :-
1, The Road to mecca, oleh Muhammad Asad
2. The Bible, the Qur'an dan the Science, oleh Dr Maurice Bucaille
Muhammad Asad, seorang Yahudi Austria, anak kepada seorang rabbi yang mahir didalam bahasa lama Syria, Aramaic. Dia merantau kenegara Arab, termasuklah ke Arab Saudi, dan melihat betapa 'perfect' nya Islam. Beliau mempelajari bahasa Arab dari kalangan orang Arab badui dan kota dengan mendalam. Disana membuka lembaran Islam kepadanya. Beliau juga telah menulis sebuah tasfir al-Quran yang terkenal, The Message of The Qur'an.
Dr Maurice Bucaille seorang Peranchis yang profesionnya seorang doktor perubatan, mengkagumi al-Quran dari aspek sains, lantas mendalami al-Quran dan bahasa Arab pada umur 50an. Beliau telah mengarang buku The Bible, the Qur'an dan the Science pada tahun 1976.
Mudah-mudahan dengan membaca buku-buku bekas non-Muslim ini, dan melihat bagaimana mereka menyaksikan kebesaran Allah melalui al-Quran, moga-moga akan terbuka hatinya untuk mempercayai Allah.
4. Pendekatan terakhir yang boleh kami sarankan adalah dengan cara memberi non-muslim ini pendedahan kepada beberapa dialog-dialog realiti yang cuba mempersoalankan kewujudan tuhan. Pendekatan ini mungkin sekali gus dapat menjawab beberapa persoalan yang berada di benak hati mereka. Diantara dialog yang sempat kami kutip :-
Dialog 1
Dialog 1
Sekian, wassalam
خيرالأمين