SJ-08-0128 : Hukum berzikir menahan lapar semasa berpuasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0128 : Hukum berzikir menahan lapar semasa berpuasa

:salam

Sy pernah berzikir semasa berpuasa untuk menahan lapar dan dahaga. Sy melafazkan lahaulawala quwwata illa billah sepanjang berpuasa dengan niat Allah SWT memberi kekuatan kepada sy untuk menahan lapar dan dahaga. Dan alhamdulillah ianya mmg berkesan,tidak terasa penat sgt walaupun byk kerja dilakukan.

Soalan sy apakah hukumnya melakukan demikian?Bolehkah niat sy demikian?Adakah pahala puasa sy berkurang kerana kurangnya dugaan lapar n dahaga?

Re: Hukum berzikir untuk kekuatan menahan lapar smasa berpuasa

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Ketinggian pahala puasa seseorang tidak bergantung kepada setakat mana lapar dan dahaga yang dia rasai. Tetapi bergantung kepada keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah melalui ibadah puasanya. Kerana itu Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda:

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Masudnya: Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yeng terdahulu. (Direkod oleh Bukhari no: 38, dan Muslim no: 760).

Jadi, keasyikan tuan dengan zikir kepada Allah yang menyebabkan tuan tidak merasai kelaparan dan keletihan, tidak menjejaskan pahala puasa, malahan sangat-sangat dituntut untuk sentiasa berzikir kepada Allah Taala.

Kerana itu, dalam kisah puasa Wishaal (وصال) yang dilakukan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu baginda pernah berpuasa berterusan tanpa berbuka dan bersahur selama beberapa hari, apabila ditanya tentangnya baginda menjawab:

إنما يطعمني ربي ويسقيني

Maksudnya: Sesungguhnya Tuhanku memberikan aku makan, dan memberikan aku minum. (Direkod oleh Bukhari no: 6869, dan Muslim no: 1103).

Ada tafsiran ulama, maksudnya ialah ketika berpuasa baginda dikurniakan Allah kelazatan berfikir pada kebesaran Allah, memperoleh kekenyangan dengan makrifahNya, bergembira dengan kecintaan kepadaNya, dan tenggelam dalam munajat kepadaNya, sehingga menyibukkan diri baginda daripada berfikir tentang makan dan minum. (Fathul Bari 4/208).

Ibn al-Qayyim juga mengatakan, bahawa makanan ruhani ini adalah lebih kuat kesannya daripada makanan jasmani, dari sudut ia memberikan kekuatan dan kesegaran kepada orang yang berpuasa. (Zaad al-Maad 4/83).

Wallahu A'lam.