SJ-01-0091 : Keliru dengan konsep 'Keikhlasan'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0091 : Keliru dengan konsep 'Keikhlasan'

:salam

Saya masih terkonfius dgn ciri2 keikhlasan dalam Islam. Saya bawakan situasi:-

i) Ramai penceramah berkata kalau belajar tinggi2 (cth: phD) SEBAB nak gaji tinggi atau title, maka dikira tidak ikhlas.

ii) Ada ustaz kat tmpt saya ni sangat tegar pasal ikhlas, sampai katanya kalau dtg masjid sebab nak dengar ceramah, dikira tak ikhlas ~ maksudnya hanya mesti kerana Allah sahaja. Pernah sy terdetik nak tanya dia, yg dia tu dtg masjid bagi ceramah seminggu sekali sebab dijemput AJK masjid, kira ikhlas juga ke tuh??

iii) Katakan saya gi tolong makcik ni angkat barang sebab nak risik/tanya fasal anak dia yg cun, adakah sedemikian tidak ikhlas?
Padahal saya tolong tu bukannya harapkan duit atau pujian...

iv) Org yg bersegera siap sedia pergi haji sebab dikhuatiri org lain mengata. Ibadah hajinya kemudian itu kononnya dikira x ada pahala/manfaat

Sedangkan kalau x silap saya, ada ayat2 AQ yg berbunyi gini, 'mereka yg melakukan solat, amal kebaikan etc sambil mengHARAPKAN ganjaran, akan diberi pahala/kejayaan'. Ada juga yg berbunyi camni, 'yg mengerjakan haji sambil mengHARAPKAN syurga akan diberi bla bla...'.

Persoalannya, di mana harus kita bezakan (draw the line) antara totally purely absolutely kerana Allah berbanding kerana Allah di samping sebab nak sesuatu.

SJ-01-0091 : Keliru dengan konsep 'Keikhlasan'

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kata Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi rh (didalam buku :- al-Niyyah wa Ikhlaash - http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=693&version=1&template_id=61&parent_id=1 ) :-

Ikhlas merupakan salah satu dari amalan hati. Bahkan ia merupakan muqadimah amalan hati, kerana sesungguhnya tidak sempurna amalan seseorang itu tanpa ikhlas.

"Ikhlas - ingin mendapatkan keredhaan Allah dengan melakukan sesuatu amal, membersihkan (tasfiyah) dari unsur2 individu atau duniawi, tidak ada sesuatu yang tersorok melainkan kerana Allah dan demi akhirat. Tidak ada sesuatu yang memcapuri sesuatu amal, seperti kecenderungan kepada dunia atau individu/diri sendiri, yang zahir atau yang tersembunyi, contohnya kerana harta rampasan, kerana syahwat, kedudukan, harta benda, penguasaan; agar mendapat perhatian orang ramai, mencari pujian mereka, tidak mahu dicela, bermuka-muka dihadapan orang tertentu, perasaan dengki yang tersembunyi, kesombongan yang diselindungi, atau kerana sebab-sebab yang yang tidak terpuji, yang intipatinya inginkan selain dari Allah melalui suatu amalan, dan dsb."

Asas Ikhlas adalah NIAT kerana Allah swt. Niat itu adalah pendorong kepada sesuatu amalan. Kata al-Qaradawi lagi :-

æÇáãÄãä ÇáÍÞ åæ ÇáÐí ÛáÈ ÈÇÚË ÇáÏíä Ýí ÞáÈå ÈÇÚË Çáåæì¡ æÇäÊÕÑÊ ÍæÇÝÒ ÇáÂÎÑÉ Úáì ÍæÇÝÒ ÇáÏäíÇ¡ æÂËÑ ãÇ ÚäÏ Çááå ÊÚÇáì Úáì ãÇ ÚäÏ ÇáäÇÓ¡ ÝÌÚá äíÊå æÞæáå æÚãáå ááå¡ æÌÚá ÕáÇÊå æäÓßå æãÍíÇå æããÇÊå ááå ÑÈ ÇáÚÇáãíä¡ æåÐÇ åæ ÇáÅÎáÇÕ.
dir="ltr"> "Orang Mukmin yang sebenar adalah apabila pendorong agama didalam hatinya boleh mengatasi pendorong hawa nafsu, bahagian Akhirat boleh mengatasi bahagian Dunia, mementingkn apa yang ada disisi Allah melebihi apa yang ada disisi manusia. Menjadikan NIAT, PERKATAAN dan AMALAN kerana Allah. Menjadikan Solat, Ibadat, Hidup dan Mati kerana Allah Tuhan pentadbir sekalian Alam, dan ini adalah Ikhlas".

Didalam Kitab Hadith 40 Imam al-Nawawi rh, diriwayatkan oleh Umar ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-

ÅäãÇ ÇáÃÚãÇá ÈÇáäíÇÊ , æÅäãÇ áßá ÇãÑÆ ãÇ äæì , Ýãä ßÇäÊ åÌÑÊå Åáì Çááå æÑÓæáå ÝåÌÑÊå Åáì Çááå æÑÓæáå , æãä ßÇäÊ åÌÑÊå Åáì ÏäíÇ íÕíÈåÇ æ ÇãÑÃÉ íäßÍåÇ ÝåÌÑÊå Åáì ãÇ åÇÌÑ Åáíå
dir="ltr">"Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan" [Hadith Muttafaq A'laih].

Dari hadith ini jelas menunjukkan bahawa NIAT yang menentukan seseorang itu melakukan kerana Allah atau kerana apa yang dihajati. Niat yang hanya kerana Allah dan Rasulnya yang digelar sebagai Ikhlas. Ibnu Utsaimin rh dalam mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa amalan seseorang itu dihisab menurut apa yang ingin dicapaikan, dan juga cara mencapainya (wasilah).

Bukanlah dengan Niat Ikhlas sahaja sesuatu amalan itu diterima. Kata al-Qaradhawi, terdapat 2 syarat amalan seseorang itu diterima :-

a. Niat yang Ikhlas.
b. Amalan yang dilakukan itu adalah menurut sunnah Nabi :saw; tidak bertentangan dengan syariat.

------------------
Persoalannya, melakukan amalan baik eg: menolong orang tua, akan tetapi tujuan sebenar ingin mendapatkan anak daranya, maka amalan baik itu terhenti setakat mendapat gadis yang diidamkan. Maka niatnya harus dipanjangkan kepada menjadi wanita itu isteri yang soleh kerana Allah swt. Kesemua amalan baik itu pasti ada ganjarannya selama-mana tidak ada unsur maksiat dan juga riak!

Quote:
i) Ramai penceramah berkata kalau belajar tinggi2 (cth: phD) SEBAB nak gaji tinggi atau title, maka dikira tidak ikhlas.

Benar kenyataan tersebut JIKA niat melanjutkan pelajaran tinggi semata2 untuk title. Apa yang boleh dilakukan ialah menetapkan niat untuk belajar tinggi moga2 dapat mendidik anak-anak Islam kerana Allah swt. Allah swt tetap memberi ganjaran kepada seseorang selama-mana dia tidak riak, ta'ajub dan syirik kepadanya.

Quote:
ii) Ada ustaz kat tmpt saya ni sangat tegar pasal ikhlas, sampai katanya kalau dtg masjid sebab nak dengar ceramah, dikira tak ikhlas ~ maksudnya hanya mesti kerana Allah sahaja. Pernah sy terdetik nak tanya dia, yg dia tu dtg masjid bagi ceramah seminggu sekali sebab dijemput AJK masjid, kira ikhlas juga ke tuh??

Tidak benar! Ikhlas itu bukan datang secara automatik. Datang ke masjid untuk mendengar ceramah itu sudah merupakan satu amalan yang mulia. Ilmu juga akan mendidik hati orang2 Islam menjadi Ikhlas. Ikhlas tidak Ikhlas, adalah amalan hati. Tidak ada sesiapa yang mengetahui amalan hati seseorang melainkan Allah dan dirinya sahaja.

Quote:
iii) Katakan saya gi tolong makcik ni angkat barang sebab nak risik/tanya fasal anak dia yg cun, adakah sedemikian tidak ikhlas?
Padahal saya tolong tu bukannya harapkan duit atau pujian...

Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, peringkat tertinggi niat mansia adalah Ikhlas. Amalan2 yang baik sudah tentu ada ganjarannya walaupun tidak sampai kepada darjat Ikhlas. Menolong Makcik tua adalah amalan yang terpuji. Sebab melakukannya kerana untuk mendapatkan anak daranya, sehingga itulah kebaikkan yang dia terima. Kesemuanya ada ganjaran. Janganlah dirosakkan disebabkan oleh maksiat pula,

Yang terbaik, niatkan agar wanita tersebut akan menjad isterinya yang solehah kerana Allah swt. Prioriti hendaklah diberi kepada Allah dan Rasul.

Quote:
iv) Org yg bersegera siap sedia pergi haji sebab dikhuatiri org lain mengata. Ibadah hajinya kemudian itu kononnya dikira x ada pahala/manfaat

Jika benar dia pergi kerana takut orang mengata, maka sia-sialah ibadatnya. Akan tetapi, siapalah yang boleh mengadili apa yang dia niatkan. Dia masih lagi boleh memperbetulkan niatnya kerana Allah swt, walaupun pada mulanya takut orang mengata. Kadang-kala, ini bukan persoalan ikhlas atau tidak. Waswas didalam ibadat juga menjadikan penghalang kepada seseorang itu menumpukan perhatian kepada Allah swt.

Ibadat mengharapkan ganjaran Allah swt tidaklah merosakkan ikhlas. Ia merupakan sesuatu yang mesti diimpikan oleh setiap manusia. Adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu beribadat tidak mengharapkan apa-apa dari Allah. Nabi :saw banyak mengajar kita berdo'a agar kita dikurniakan ganjaran syurga. Ganjaran Akhirat itu meliputi amalan Ikhlas kerana Allah swt. Adalah menjadi sunnah dari Nabi :saw agar orang Islam mengharapkan syurga dari Allah swt.

Kesimpulannya, ikhlas adalah melakukan sesuatu amalan semata2 kerana Allah. Ikhlas dalam ibadat dituntut. Syarat di kabulkan sesuatu ibadat adalah dilakukan dengan ikhlas dan amalan tersebut adalah dari petunjuk Nabi :saw. Ikhlas tidak datang secara automatik. Ia perlu di pupuk dengan ilmu, amalan soleh dan kesedaran diri yang tinggi. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين