SJ-03-0052 : Tanya: istinjaa dan sapu stokin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0052 : Tanya: istinjaa dan sapu stokin

Salam

Ustaz saya nak tanya pandangan lagi

1) Adakah cuci beristinjak menggunakan tisu?
2) Banyak brother Arab di UK menyapu wuduk atas stokin yg dianggap khuf. Boleh ustaz supply fatwa atau pandangan mengenai menyapu wuduk atas stokin atau kasut

Jazakallah

SJ-03-0052 : Tanya: istinjaa dan sapu stokin

:wassalam

alJawab:

1. istinjaa' dgn kertas tisu atau toilet roll. Dr al-Qardhawi berkata, zaman dulu ulama' tidak menyukai istinja' dgn kertas kerana kertas adalah bahan penting untuk tulisan. Namun sekarang, kertas khas utk tandas itu bukan lagi dikenali dgn kertas, tapi tisu tandas atau toilet roll. Maka kata beliau, sudah tentu kertas tisu ini lebih baik dari istijmar (istinja') dgn menggunakan ketulan batu atau kerikil di zaman salaf. (Fiqh ThaHarah)

2. Dalam madzhab Syafi'iy dari jalan Imam Nawawi dibolehkan mengusap stokin (alMajmu' syarh alMuhadzab, 1/500), juga fatwa Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' fatawa, 21/214) dan disahkan oleh alQardhawi, Fiqh ThaHarah)

sekian