SJ-05-0036 : selawat ketika khutbah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0036 : selawat ketika khutbah

aslm wbt..nak tanye soalan nih,,,waktu dgr khutbah bolehkah kite berselawat ketika mendengar nama Rasulullah....

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-05-0036 : selawat ketika khutbah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mujahid dengan kadar sekadar yang mampu, Insyaallah.

Rata-rata apabile menghadiri solat Jumaat di Malaysia. kita diperdengarkan sebuah hadith Rasulullah saw yang berbunyi :

ÅÐÇ ÞáÊ áÕÇÍÈß íæã ÇáÌãÚÉ : ÃäÕÊ ¡ æÇáÅãÇã íÎØÈ ÝÞÏ áÛæÊ
"Jika kamu berkata kepada sahabat kamu pada hari Jumaat, 'Diam', pada masa itu Imam sedang berkhutbah maka kamu telah laghw" -[Hadith riwayat al-Bukhaari, al-Jumu'ah #882, Muslim, al-Jumu'ah #1404, Muttafaq 'alaih].

Laghw atau 'perkataan yang sia-sia' juga bermakna melakukan sesuatu yang melalaikan, seperti yang dinyatakan didalam sebuah hadith bahawa bermain dengan anak batu semasa Imam berkhutbah juga dikategorikan sebagai laghw, sabda Nabi saw :-

ãä ãÓ ÇáÍÕì ÝÞÏ áÛÇ
"barangsiapa bermain anak batu dikatakan laghw" - [Hadith riwayat Muslim, al-Jumu’ah, #1419]

'Ala kulli, mengenai berselawat keatas Nabi saw ketika mendengar nama baginda disebut, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh, bekas Mufti Besar Arab Saudi mengatakan :

ÊÔÑÚ ÇáÕáÇÉ Úáì ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÅÐÇ ãÑ ÐßÑå Úáíå ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Ýí ÎØÈ ÇáÌãÚÉ æÇáÚíÏ æãÌÇáÓ ÇáÐßѺ áÞæáå Õáì Çááå Úáíå æÓáã: ÑÛã ÃäÝ ÑÌá ÐßÑÊ ÚäÏå Ýáã íÕá Úáí Õáì Çááå Úáíå æÓáã .
"Dibenarkan oleh syara' berselawat keatas Nabi saw jika disebut ketika Khutbah jumaat, Eid atau Majlis al-Zikir! Kerana Nabi saw perna bersabda :'Manusia yang bakhil itu adalah orang yang disebut namaku di sisinya, tetapi dia tidak mengucapkan selawat padaku' - hadith[Riwayat Tirmudzi]" - [dikeluarkan di Majalah al-Arabiyah, Safar 1412H].

Akan tetapi tidaklah bermakna kita boleh berselawat dengam suara yang didengari oleh jemaah. Memadai berselawat yang didengari oleh diri sendiri. Syeikh Bin Baaz ketika ditanya, jika kita sendiri bersin ketika khutbah, Apakah boleh membaca 'alhamdulillah'? Beliau menjawab : (æÅÐÇ ÚØÓ ÝÚáíå Ãä íÍãÏ Çááå Ýí äÝÓå æáÇ íÑÝÚ ÕæÊå ) - "apabila dia bersin, hendaklah dia memuji Allah (al-hamdulillah) untuk dirinya dan tidak menaikkan suara". - [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah, 12/410]. WA.

wassalam
===============
Rujukan :.

1. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. ãÔÑæÚíÉ ÇáÕáÇÉ Úáì ÇáäÈí Õáì ÇááåÚáíå æÓáã ÅÐÇ ãÑ ÐßÑå ÃËäÇÁ ÇáÎØÈÉ . url : http://www.binbaz.org.sa/Display.asp?f=bz02749

خيرالأمين