SJ-05-0138 : Susulan : SJ-05-0137 : URGENT!!! - SOLAT JUMAAT

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0138 : Susulan : SJ-05-0137 : URGENT!!! - SOLAT JUMAAT

:salam

Pertamanya terima kasih atas jawapan & penjelasan Us.THTL.

Di sini saya ada beberapa lagi kemusykilan yg timbul dr permasalahan yg berlaku dr peristiwa tersebut....

1- Bagaimana kedudukan khutbah pd hari itu??...yg didakwa oleh ustaz C kepada ustaz B telah salah membaca ayat quran....jika hanya satu ayat saja yg terdapat dlm 2 khutbah tersebut...dan ayat tersebut bacaannya salah...adakah ayat quran yg salah tersebut menepati rukun khutbah atau sebaliknya????...

2- Ustaz A yang telah mengamanahkan kepada ustaz B tersebut utk menjadi khatib dan imam pada hari itu....tidak ada dalam jumaat kerana melakukan umrah....manakala ustaz B tersebut tidak solat jumaat kerana telah jatuh air mukanya kerana didakwa salah membaca ayat quran dan dirampas kedudukannya sbg imam pd hari itu....jadi...bagaimana solat jumaat yg diimamkan oleh ustaz C tersebut????

3- Ada juga pihak yg mendakwa ustaz C yg merampas jadi imam pd solat jumaat pada hari itu...berada dalam keadaan tidak waras....sah atau tidak solat jumaat pada hari itu yg diimamkan oleh seorang yg didakwa tidak waras???

Terima kasih di atas keperihatinan ahli panel al-ahkam terhadap permasalah ini...kerana insya'allah pada tarikh 25 mei ini...akan diadakan pertemuan dengan tuan guru dan semua pihak yg terlibat di sini bagi memutuskan sama ada solat jumaat pada 12hb mei yg lepas sah atau akan diadakan zohor atau sebaliknya...

Tp jawapan dari panel al-ahkam amatlah diperlukan kerana insya'allah akan menjadi hujah pada hari tersebut...

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0138 : Susulan : SJ-05-0137 : URGENT!!! - SOLAT JUMAAT

:wassalam

alJawab:

Kami di al-Ahkam tidak boleh campur tangan dalam urusan begitu. Biarlah mereka bersidang dulu dan membentang fakta kes dengan teliti. Kami di al-Ahkam pula tidak mengetahui fakta kes dgn jelas dan status imam C yang dikatakan tidak waras, apakah tahap gila?

apa kata kita tunggu mesyuarat mereka dan anak minang sampaikan kepada kami.

apa kedudukan anakminang dalam kes ini, sebagai AJK mesjid?

Kes ni sudah melibatkan ketenteraman awam, maka biarlah proses perundangan negara menyelesaikan. Kami tak berani komen buat masa ini kerana kekurangan maklumat dan boleh ditafsir sebagai interference atau mengganggu proses pendakwaan dan penghakiman. sekian