SJ-05-0500 : Sembahyang Fardu 2 kali

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0500 : Sembahyang Fardu 2 kali

:salam

Tahniah kepada semua panel Al-Ahkam. Semoga Allah s.w.t sentiasa melimpahkan rahmat kpd anda semua kerana menghidupkan Laman Web ini.
Sudah sekian lama tidak menulis diruangan ini. Ada satu kemuskilan : Adakah dibolehkan diulang sembahyang fardu dlm 1 waktu jika kita merasakan sembahyang yang mula2 kita lakukan tadi tidak sempurna (not perfect/tidak puas hati). Cth: Sewaktu pergi membeli belah telah pun menunaikan solat di tpt tersebut, tetapi merasakan seperti tidak puas hati kerana org terlalu ramai atau rasa terlalu kenyang kerana selepas makan. Apabila pulang, masih ada waktu dan sembahyang sekali lagi dirumah.
- Sahabat saya mengatakan tidak boleh.
Pendapat peribadi saya - boleh (tetapi tidak mampu utk mengemukan dalil).

Wallahuallam. Terima kasih
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Sebahyang Fardu 2 kali

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengulangi sembahyang fardhu tanpa sebab yang syar'ie dilarang oleh syarak. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

لاَ تُصَلُّوا صَلاَةً فِى يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ

Maksudnya: Jangan kamu melakukan satu-satu solat dalam satu hari sebanyak dua kali.
Direkod oleh Abu Daud (no: 579), Nasaie (no: 860), Ibn Khuzaimah (no: 1641), dan lain-lain.

Dikecualikan seseorang yang telah bersembahyang fardhu terlebih dahulu, kemudian barulah didirikan solat secara jemaah, maka boleh bahkan dituntut supaya mengulangi balik sembahyangnya bersama jemaah. Sembahyang yang diulangi bersama jemaah ini dikira sebagai sunat.

Kerana dalam peristiwa Haji Widak, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersembahyang Subuh di Masjid Khaif (di Mina), selepas selesai solat baginda melihat ada dua orang yang tidak menyertai solat jemaah. Setelah ditanya, mereka mengatakan telah bersembahyang di kediaman mereka. Lalu baginda bersabda:

فلا تفعلا إذا صليتما في رحالكما ثم أتيتما مسجد جماعة فصليا معهم فإنها لكما نافلة

Maksudnya: Jangan kamu lakukan demikian. Apabila kamu telah bersembahyang di kediaman kamu, kemudian kamu mendatangi masjid jemaah maka bersembahyanglah bersama mereka. Maka sesungguhnya ia menjadi sunat bagi kamu.
Direkod oleh Tirmizi (no: 219) dan katanya "Hadis Hasan Sahih", Nasaie (no: 858).

Manakala apa yang saudara lakukan, iaitu mengulangi solat fardhu kerana alasan tidak puas hati, dan diulangi pula di rumah bukan secara jemaah, ia tidak dianjurkan syarak. Malahan dilarang.

Apa-apa solat fardhu yang kita tidak puas hati dari segi kesempurnaannya, boleh ditampung dengan melakukan solat-solat sunat. Kecuali jika diyakini berlaku kecacatan dari segi rukun atau syarat yang menyebabkan batal sembahyang, maka hendaklah diulangi balik sembahyangnya.

Wallahu A'lam.