SJ-06-0028 : Solat maghri dan isya' pd musim panas

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0028 : Solat maghri dan isya' pd musim panas

Assalamu'alaykum wbt.

merujuk kpd persoalan dlm link ni: SJ-05-0058 : Solat Isya' di kaw. yg tiada waktu isya'

yg difahami, dibolehkan jama' taqdim bg solat maghrib dan isya' pd musim panas di negara2 di utara britain.
jadi, apakah dibolehkan jama' ta'khir instead of jama' taqdim?

yg dimaksudkan di sini, selain sbb musafir atau apa2 masyaqqah yg menyebabkan berhajat kpd jama' ta'khir.

Mohon komen dr panel al-ahkam seberapa segera.
WaLLahu A'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0028 : Solat maghri dan isya' pd musim panas

wa'aalikumussalam

Alhamdulillah. Kaedah menjama' solat ini berdasarkan musyaqqah (kesukaran) yang dihadapi. Syiekh Ibn Utsaimin didalam Kitabnya Sharh Mumthi'(2/213) menyatakan bahawa masyaqqah ini pelbagai. Didalam isu Solat Maghrib dan Isya' di musim panas, permasalahan yang timbul ialah tidak berupaya menunggu waktu isya' yang masuk lewat malam (hampir pagi). Berdasarkan permasalahan itu, Solat Maghrib dan Isya' dilakukan secara Jama' Taqdim.

Tidak semua solat Jama' yang bukan musafir ini dilakukan secara taqdim sahaja. Sebagai contoh, seseorang yang akan mengambil exam di luar negara di mana keseluruhan waktu examnya dilakukan pada sebelum masuk waktu zohor dan selesai hanya pada waktu asar, maka bolehlah sesorang itu melakukan Solat Zohor dan Asar secara Jama' Ta'khir. Kerana matlamatnya disini masih lagi Solat jama' disebabkan kesukaran.

Sila baca posting berikut :-

SJ-06-0027 : Jamak Sahaja
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29850

Pemilihan solat Jama' Taqdim atau Ta'khir berdasarkan pada waktu mana yang paling ringan kesukarannya diantara 2 kesukaran.

Sekian, wassalam

خيرالأمين