SJ-08-0057 : Kena bayar fidyah ke?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0057 : Kena bayar fidyah ke?

Salam

Ada beberapa soalan disini yang perlu di clearkan.

1) Jika seorang wanita yang mengandung berbuka puasa atas alasan kesihatan janin/bayi dalam perut, adakah beliau

a) ganti puasa sahaja
b) kena bayar fidyah dgn berpuasa

Utk pengetahuan panel al ahkam, beliau mengandung tahun 2005. Beliau sudah menggantikan puasa. Jika kena bayar fidyah bersama, adakah beliau kena bayar 3 tahun fidyah atau 1 tahun shj.

Adakah pandangan ulamak muktabar atau perbincangan akan isu2 ini

2) Beliau memberitahu saya beliau terdengar terdapat dua pandangan atas perkara ini. Pandangan pertama kena puasa dan bayar fidyah, pandangan kedua, hanya ganti puasa.

Jadi, jika beliau memilih pandangan kedua, adakah ianya dibenarkan(bukan utk memudahkan keadaan) Setahu saya, jika ijtihad itu betul akan mendapat 2 pahala, jika tidak satu pahala. Setiap hukum fiqh yg dibwa mesti ada sandaran berdasar hadith, quran, qiyas, ijtihad etc

3) Berapa pembayaran fidyah di malaysia, dan siapa yg dibenarkan bayar fidyah? Adakah ahli keluarga miskin eg sepupu yang miskin/fakir

Jazakallahu khair

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-08-0057 : Kena bayar fidyah ke?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Wanita yang menyusu atau mengandung dibenarkan berbuka tanpa khilaf ulama. Majoriti ulama mengatakan bahawa jika ia berbuka kerana khawatiri akan keselamatan dirinya, maka wanita tersebut tidak perlu membayar fidyah, cuma mengqadha' puasa sahaja.

Khilaf ulama' adalah wanita berbuka jika dikhawatiri akan keselamatan anaknya (bukan dirinya). Maka disini ada yang mengatakan wanita tersebut dikenakan qadha' dan fidyah. Berikut kami petik jawapan dari SoalJawab yang lalu :-

Ustaz Abu_Umair wrote:
Quote:
2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?

sekiranya ditangguhkan qadha' ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. yg wajib hanyalah puasa.

tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:

pertama: wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan drpd sebahagian sahabat dan tabien.

kedua: tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. dan ditarjihkan oleh syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa2 fidyah.

Ulama' khilaf berkenaan dengan pembayaran fidyah kepada mereka yang tidak berpuasa, maka inikan lagi soalan fidayah yang BERGANDA. Walaupun sudah 2 tahun berlalu dan mempunyai puasa yang berbaki, maka dia hanya perlu membayar fidyah menurut jumlah hari yang dia tinggalkan, tanpa menggandakannya.

Dalam persoalan pandangan ulama' berkenaan dengan puasa wanita hamil atau menyusu anak, ada kalangan mereka yang memilih pandangan Ibn Abbas ra. dan Ibn Umar ra. yang mengatakan bahawa wanita tersebut tidak perlu qadha' puasa, memadai membayar fidyah sahaja.

Didalam memilih pandangan ini, Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa : jika wanita tersebut hanya hamil atau menyusu sepanjang hayatnya hanya 2 atau 3 kali, maka pandangan yang rajih (yang dipilih) adalah mengqadha' puasa sebagaimana yang diriwayatkan oleh jumhur. [Fiqh al-Shiyam, ms 74].

Didalam fatwa beliau beliau ada mengatakan :-

æÞÏ íÈÏæ áí Ãä ÇáÅØÚÇã æÍÏå ÌÇÆÒ Ïæä ÇáÞÖÇÁ ¡ ÈÇáäÓÈÉ áÇãÑÃÉ íÊæÇáì ÚáíåÇ ÇáÍãá æÇáÅÑÖÇÚ ¡ ÈÍíË áÇ ÊÌÏ ÝÑÕÉ ááÞÖÇÁ ¡ Ýåí Ýí ÓäÉ ÍÇãá ¡ æÝí ÓäÉ ãÑÖÚ ¡ æÝí ÇáÓäÉ ÇáÊí ÈÚÏåÇ ÍÇãá .. æåßÐÇ .. íÊæÇáì ÚáíåÇ ÇáÍãá æÇáÅÑÖÇÚ ÈÍíË áÇ ÊÌÏ ÇáÝÑÕÉ ááÞÖÇÁ ¡ ÝÅÐÇ ßáÝäÇåÇ ÞÖÇÁ ßá ÇáÃíÇã ÇáÊí ÃÝØÑÊåÇ ááÍãá Ãæ ááÅÑÖÇÚ ãÚäÇåÇ Ãäå íÌÈ ÚáíåÇ Ãä ÊÕæã ÚÏÉ ÓäæÇÊ ãÊÕáÉ ÈÚÏ Ðáß ¡ æÝí åÐÇ ÚÓÑ ¡ æÇááå áÇ íÑíÏ ÈÚÈÇÏå ÇáÚÓÑ .
dir="ltr">"menurut ku (Dr Yusuf al-Qaradhawi), wanita tersebut cukup dengan memberi makan orang miskin tanpa mengqada'. Ini ditujukan kepada wanita yang setiap tahun hamil atau menyusu anak sehingga tidak mempunyai kesempatan untuk mengqadha'. Contohnya pada tahun ini dia hamil, pada bulan puasa berikutnya ia menyusu, dan tahun selanjutnya hamil lagi.... dan seterusnya. Maka setiap tahun dia berada didalam pusingan hamil dan menyusu. Kalau wanita tersebut diwajibkan qada' seiap hari yang ditinggalkan, maka bererti dia akan berpuasa secara terus menerus. Hal ini memang menyulitkan. dan Allah tidak mahu meletakkan kesulitan kepada hamba-hambnya" [Fatawa Muaasyarah 1/302].

2. Hendak memilih (a) atau (b)? Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh, WAJIB keatasnya QADHA', kerana puasa itu wajib bagi setiap orang Islam, malah bagi orang yang Musafir dan Sakit, Allah mewajibkan agar melakukan puasa pada hari-hari yang lain. [al-Sharh al_Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 3/31-32]. Yang penting adalah kedua pendapat (a) dan (b) mewajibkan mengqadha' puasa. Bagi yang memilih pandangan (a) iaitu berpuasa sahaja, bagi mereka fidyah itu adalah mustahab (digalakkan) dan bukan wajib [Fiqh al-Shiyam, ms 76].

3. Kadar fidyah bagi Selangor bagi tahun 1428h adalah RM1.30.

Target fidyah adalah kepada fakir miskin. Kita digalakkan memberi zakat, sedekah, fidyah dsb. kepada saudara yang dekat dengan kita (tidak termasuk mereka yang dibawah tanggungan kita eg: Ibu, ayah). Sabda Nabi :saw :-

ÇáÕÏÞÉ Ýí ÇáãÓßíä ÕÏÞÉ æÝí Ðí ÇáÑÍã ÕÏÞÉ æÕáÉ
dir="ltr">"Sedekah diberikan kepada orang miskin, dan sedekah diberikan kepada kaum kerabat dan menjalinkan silatul rahim" [Hadith Riwayat Ahmad #15794, al-Nasaa' #2582]

Fidyah tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan mereka dan memanjangkan silatul rahmi. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين