SJ-10-0120 : Rokok

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0120 : Rokok

Salaam,

Saya ada satu kemusykilan.

Kita semua sedia maklum hukum atau status merokok dalam Islam (majoriti ulama' masa kini telah mengatakannya haram, dan segelintir daripada mereka pula telah mengatakan makruh), atas sebab-sebab kesihatan dan sebagainya. Soalannya bolehkah, bilamana ada di antara teman-teman yang merokok berkongsi minuman ataupun makanan dengan teman-teman yang tidak merokok? Adakah minuman atau makanan tersebut dikira bercampur dengan benda yang haram (jika kita mengambil kira hukum haram dalam merokok)? Apakah pandangan Islam dalam hal ini? Dan apakah pendekatan yang terbaik yang dapat kita ambil?

Mohon pencerahan dari yang arif. Jazakallahu khair.

SJ-10-0120 : Rokok

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Kenajisan rokok adalah kenajisan maknawiyah; najis atau haram dari segi maknanya atau hukumnya sahaja. Maksudnya, memegang kotak rokok atau batang rokok itu sendiri tidaklah najis. Apa yang diharamkan atau yang dimakruhkan adalah “perbuatan” menghisap rokok itu sendiri. Tidak ada masalah untuk berkongsi makanan atau minuman mereka.

Contoh lain, Wanita yang bukan mahram bagi kita, dengan maksud haram kita menyentuh, haram melihat aurat dsb, tidak haram kita memakan makanan atau minuman yang mereka sediakan.

Begitu juga apabila di maksudkan orang kafir itu najis, ia tidak bermaksud bersentuhan diantara lelaki muslim dan lelaki kafir atau sebaliknya tidaklah seperti menyentuh najis fizikal (eg: seperti tahi, air kencing dsb). Yang dikatakan najis adalah AKIDAH mereka, yang mensyirikkan Allah swt, Sila lihat :- http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35749

Kesimpulannya, haram merokok itu merujuk kepada perbuatan menghisap rokok itu sendiri, dan tidaklah menyebabkan keseluruhan anggota badan seseorang perokok itu menjadi najis. Masakan mereka masih boleh kita makan, atau boleh berkongsi makan & minum bersama mereka didalam batas syara’. Kenajisan merokok ini bersifat maknawiyah, iaitu haram dari segi HUKUM MENGHISAP dan bukan JASAD mereka, WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين