SJ-11-0091 : Keutamaan zakat pendapatan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0091 : Keutamaan zakat pendapatan

:salam

Saya membayar zakat pendapatan dengan potongan gaji bulanan via LHDN walaupun saya punya kalkulasi gaji/simpanan tak layak bayar(dikecualikan). Baru-baru ni saya terperasan kakak saya lebih memerlukan dana untuk melunaskan pengajian(sekalipun sudah berkahwin) di Mesir. Sebab untuk Master bidang pengajian agama ni tak banyak badan yang sponsor. pusat zakat setahu saya hanya untuk ijazah pertama sahaja.

Adakah mengikut keutamaan saya patut membatalkan potongan gaji tetap via LHDN sebaliknya disalurkan/infaq pada kakak saya? Sebab hasilnya pasti/lebih jelas.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0091 : Keutamaan zakat pendapatan

:wassalam

alJawab:

Jika anda tidak layak membayar zakat pendapatan bergaji (maal al-mustafad), maka anda hendaklah membatalkan skim potongan gaji LHDN tersebut.

Dari segi keutamaan, infaq kepada kakak untuk yuran pengajiannya adalah lebih awlawiyat (utama) dari memotong zakat pendapatan yang anda tidak layak dipotong.

sekian